Jumaat, 17 April 2015

Najib dan Rosmah mengamuk



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Najib dan Rosmah mendakwa Rafizi telah memfitnah mereka dengan menyatakan kenaikan harga bahan api akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin
berlian, dalam satu forum pada November tahun lepas.

Turut dinamakan dalam saman itu ialah Chan Chee Kong, yang dikatakan pemilik saluran Youtube Media Rakyat.

Rafizi teruja jumpa Najib, Rosmah di mahkamah


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli teruja untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah.

Beliau memberitahu Malaysiakini demikian dalam reaksinya terhadap saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah terhadapnya

Ahli Parlimen Pandan itu berkata ia akan menjadi "perbicaraan abad ini" kerana ia adalah saman pertama yang melibatkan Rosmah.

Rafizi berkata, peguamnya akan lebih teruja kerana mereka akan dapat menyoal balas Rosmah sebagaimana mereka mereka lakukan dengan Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan, menjerat kancil kijang yg kena. Najib ada telurkah?