Isnin, 20 April 2015

Kecoh-kecoh di Permatang Pauh rupanya kerja ...

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menafikan satu kenyataan media yang tersebar di media sosial yang meminta PAS menarik balik
kenyataan berhubung kerjasama antara parti itu dengan PKR.

Menurut Rafizi, kenyataan yang tersebar di whatsapp mengenai PRK Permatang Pauh itu adalah palsu dan permainan jahat musuh parti itu.

“Lain kali nak menirupun perlu semak kenyataan saya yang tidak pernah bernombor,” katanya.

Berikut adalah kenyataan media palsu yang dimaksudkan:

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS – PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin
menegaskan perkara berikut :-

1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak  untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR.
PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.

3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh
Kerajaan PAS Kelantan.

4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih
lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihan raya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam
Pakatan Rakyat.

6. PAS di bawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga
mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi
lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP?

7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding
PAS.

8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan
Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang
kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.

9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak
mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.

Sekian, terima kasih.

YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

20 April 2015

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: