Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Haliludin Rahim berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan iaitu Taman Megah Lagenda Lati dan Kampung Kepas Apam, semalam.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek itu ditahan antara jam 4.30 petang dan 5 petang oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah ketika operasi tersebut dijalankan.
“Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 41 tahun, hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah jenis meth.
“Dua daripada mereka peniaga, manakala seorang lagi bekerja sebagai jurulektrik,” katanya ketika dihubungi.
Sinar Harian kelmarin melaporkan, gara-gara tidak berhenti selepas terlibat dengan kemalangan, seorang guru patah tulang pipi dan cedera di mata, muka serta badan selepas dibelasah enam lelaki yang tidak dikenali di Taman Perumahan Hadapan Sekolah Pendidikan Khas, Lati.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa Mohd Yatimmi Arifin, 33, dibelasah ketika mahu menyelesaikan sedikit salah faham berkaitan kemalangan kecil yang berlaku kira-kira setengah jam selepas itu.
Haliludin berkata, siasatan awal menunjukkan kesemua suspek adalah adik beradik dan mempunyai kaitan dengan lelaki yang terlibat dengan kemalangan itu.
Katanya, kesemua suspek ini telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan