Ahad, 5 April 2015

Anwar dibenar ziarah, bapa meninggal dunia

KAJANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenarkan pihak Penjara Sungai Buloh untuk menziarahi ayahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 1.45 pagi tadi.

Anwar kelihatan tiba di kediaman ayahnya kira-kira 11.03 pagi diiringi pegawai dan pengawal Penjara Sungai Buloh dengan menaiki sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam.

Pada ketika ini, Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang membacakan tahlil diketuai imam masjid berdekatan di kediaman ayahnya, di Country Heights Resort, di sini.

Allahyarham Ibrahim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Ramal, di sini, hari ini.

Ini kali kedua Anwar dibenar keluar ketika menjalani hukuman penjara, yang pertama sewaktu ibunya kembali ke rahmatullah pada 1999.

Anwar Ibrahim dibenar ziarah bapa


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan oleh pihak penjara untuk menziarahi Allahyarham bapanya yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi media sosial milik Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim insyaALLAH akan diberi keizinan oleh penjara untuk ziarah Allahyarham bapa mertua kami di Kajang," tulisnya.

Ayah Anwar, Ibrahim Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.45 pagi tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Anwar Ibrahim meninggal dunia]

Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, selepas solat Zuhur.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: