Ahad, 5 April 2015

Jenazah Tan Sri Jamaluddin Jarjis dikebumi sebelum Zuhur

Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dijangka akan disembahyangkan dan dikebumikan sebelum solat Zuhur.

Jenazah sebelum ini akan dibawa pulang ke rumahnya di Mines Resort Golf & Country Club, Sri Kembangan.

Terdahulu, enam individu termasuk Jamaluddin dilaporkan terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih, petang tadi.

Keenam-enam mayat mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.15 malam.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan mengesahkan enam identiti mangsa nahas helikopter adalah seperti berikut:
1. Kapten Clifford William Fournier (juruterbang)
2. Aidana Baizieva (pembantu juruterbang) 
3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) 
4. Razakan Seran (pegawai pengiring Tan Sri Jamaluddin)
5. Datuk Sri Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)
6. Datuk Tan Huat Seang

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: