Ahad, 5 April 2015

Gempar: Mahathir didapati hilang kewarasan dan histeria

"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.

SHAH ALAM - Veteran Umno melahirkan rasa kecewa terhadap serangan bertali arus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun Dr Mahathir ada alasan untuk mengkritik Najib tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.

"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.

"Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut Mustapha berkata sekiranya Najib perlu dijatuhkan, Dr Mahathir perlu menggunakan 'saluran' yang betul. 



"Najib menjadi PM kerana beliau adalah Presiden Umno.

"Beliau dipilih oleh perwakilan Umno, Jadi, cara yang paling demokratik ialah melalui pemilihan Umno juga.

"Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M, Najib hanya alat institusi Umno.

" Najib boleh diganti, tetapi Umno sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli Umno," ujarnya.

Oleh itu,veteran berharap, Dr Mahathir menghentikan serangan itu, kerana beranggapan natijahnya akan menghancurkan Umno dan merugikan Melayu.



"Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Tun M kembali ke pangkal jalan.

"Bertindaklah sebagai negarawan yang rasional dan bijak kerana veteran mahu Tun M terus dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman," katanya.



Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tun Dr Mahathir bercakap benar untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dengan mendedahkan kesalahan Najib dan kroni-kroninya ! Seperti biasa manusia yang takut pekung bernanah mereka terdedah dan pecah akan menfitnah Tun Dr Mahathir dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal supaya rakyat tidak mempercayai Mahathir.

Walaubagaimanapun, rakyat hari ini adalah bijak dan cerdik kerana mereka mengetahui pelbagai penyelwengan yang dilakukan oleh pentadbiran Najib dan kroni-kroninya melalui media massa dalam internet dan sumber-sumber lain! Maka tidak hairanlah jika kami menyokong Mahathir untuk menghapuskan penyelewengan tersebut.

Kelemahan dan penyelewengan pentadbiran Najib telah menyebabkan kerajaan berhutang RM740 billion dan hutang kerajaan ini terus meningkat tetapi rakyat pula menjadi mangsa kerana dipaksa menerima GST untuk membayar hutang yang dibuat oleh pentadbiran Najib sendiri.

Skandal 1MDB, pembunuhan Altantuya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), Skandal PKFZ dll amat merugikan rakyat dan negara ini.

Mengapa kroni-kroni Najib yang campurtangan sedangkan soalan-soalan Mahathir ditujukan kepada Najib? Mengapa Najib takut berbahas dengan Tun Dr mahathir secara terbuka supaya rakyat boleh menilai Najib dan Mahathir? Mengapa Najib berdiam diri dan membiarkan orang lain menjawab soalan Mahathir?

Tanpa Nama berkata...

Kita menyokong Tun Dr mahathir mempersoalkan pentadbiran Najib kerana pentadbiran Najib perlu menjawab skandal-skandal yang melibatkan BN seperti skandal hutang kerajaan berjumlah RM740 billion, kebocraon dan ketirisan wang kerajaan yang berlaku setiap tahun, Skandal PKFZ, Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) , Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta, kes pembunuhan Altantuya dan lain-lain skandal yang amat merugikan rakyat dan negara ini.

Mengapa Najib berdiam diri apabila Mahathir mempersoalkan pentadbiran Najib.? Bahkan Najib tidak patut membiarkan orang lain menjawab soalan-soalan Mahathir yang ditujukan kepada Najib !

orgkampongok berkata...

Senang sungguh manusia yg satu nih, asal sumpah laknat jer dah kira kes setel...prrghh mcm org tak pi sekolah..wei ini rakyat lah yg bukan bodoh yg senang dikencing...mampoos la

Tanpa Nama berkata...

Histeria atau tidak, PM patut jawab. Yang bandut bandut p jawap tu buat apa? Rakyat mahupun TDM tak akan berhenti selagi jawapan tidak keluar dari mulut PM. Janganlah buat bodoh dan harapkan orang yang mempertahankan kita sedangkan persoalannya skandal itu berkisar pada PM. Selagi kamu tak bersuara TDM dan rakyat tak kan diam. Andaikata apa yang di kata oleh TDM tu benar maka akan berdosalah bandut membela kemungkaran PM. Nerakalah tempatnya kamu semua. Kalau betul PM berani, samanlah TDM kerana buat fitnah, begitu juga bandut bandut semua P lah saman. Jika kamu tak buat ini menandakan apa yang di kata oleh TDM adalah betul. KPN harus menangkap PM dan sisat, sepertimana pihak polis cepat bertindak terhadap Anwar. Jangan lah jadi bacul dan berlaku double standard. Rakyat berharap negara akan terlepas dari sifat manusia yang tidak bertanggung jawap ini. Merdekakan Rakyat...hapus kan kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

Tun M adalah PM yg tersangatbaik untuk raayat malaysia untuk selamanya.