Isnin, 13 April 2015

Ahmad Maslan kantoi dengan jam tangan Rolex mewah

"Fitnah, ini kerja pembangkang! Saya tidak pernah ada Rolex Submariner dan tak pernah memakainya. Jam saya yang biasa saja," katanya memetik dari laman Twitternya hari ini sambil turut memuat naik gambarnya yang sedang memakai jam tangan diambil dari laman Facebook Sanjeevan.

Siri pendedahan mengenai jam tangan mewah yang didakwa dipakai ahli politik dimuat naik dalam laman Facebook Sanjeevan yang juga Pengerusi Pasukan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch).

Ahmad disenaraikan antara pemimpin yang memiliki jam tangan mewah selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa memiliki 3 koleksi jam tangan mewah – Richard Mille Felipe Massa (RM366,000), Richard Millle RM025 Diver (RM248,000) dan Richard Mille RM011 Flyback (RM480,000).

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor turut tersenarai memiliki koleksi jam tangan mewah – Hublot BB Black Magic 114 Diamonds dengan tali “tutti frutti” yang ditempah (RM792,000) dan Richard Mille Lady RM007 Diamond Cruncher (RM486,000).

Sementara itu, Sanjeevan ketika dihubungi The Malaysian Insider mempertahankan pendedahannya dengan berkata, Ahmad boleh membuat laporan polis sekiranya merasakan ia satu fitnah.

Sanjeevan berkata, beliau sendiri akan menawarkan diri menemani Ahmad membuat laporan polis dan seterusnya membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Ahmad boleh membuat laporan kepada polis dan SPRM boleh menyiasat. Saya sendiri boleh menemani beliau.

"Namun persoalannya di sini, adakah beliau berani membuat laporan polis," soalnya kepada The Malaysian Insider.

Pada masa sama, beliau berkata, pendedahannya mengenai koleksi jam tangan dimiliki pemimpin negara tidak mempunyai kaitan dengan organisasi yang diketuainya.

"Semua gambar-gambar yang kita muat naik adalah melalui hasil kajian kita, tapi ianya tidak ada kena mengena dengan MyWatch.

"Disebabkan saya pengerusi MyWatch, sudah tentu orang ingat ia di bawah organisasi ini. Namun ia dilakukan saya sendiri, kerana itu saya memuat naik dalam laman Facebook saya," kata Sanjeevan.

Siri pertama koleksi jam tangan dimiliki pemimpin negara dimuat naik Sabtu lalu dan menjadi viral di laman sosial.

Dalam pendedahan itu, Najib didakwa memiliki empat utas jam dan yang paling mahal, Hublot Big Bang King Power Red Devils Manchester United, edisi terhad yang bernilai RM165,000.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin didakwa memakai jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM160,000 dan Jaegar Reverso, yang harganya antara RM27,000 dan RM180,000.

Namun, jam tangan yang didakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ialah Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph PRG-130-1V, berharga RM1,020.

Manakala dari pihak pembangkang, Ketua Parlimen DAP Lim Guan Eng memakai jam tangan paling murah iaitu Seiko Chronograph SND363, dianggarkan dijual dengan harga RM270. – 13 April, 2015. ~TMI

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jam omega je da hilang..hahahhah...mana jam omega

Tanpa Nama berkata...

AKU DAH CAKAP DIA ORANG TAKKAN MENGAKU PUNYA... lepas ni MYSHOES... tengok sapa pakai yang paling mahal.

Tanpa Nama berkata...

Bukan myshoes, my seluaq kecik...apapun mesti kak mah yg menang sebab hand made kulit babi

Tanpa Nama berkata...

Memang sial dan cilake umno ni. .pastu gasak rakyat sampai terlungkop dgn gst.

Tanpa Nama berkata...

Itu sebab gaji menteri di Malaysia paling rendah didunia...Ingat tu!