Isnin, 13 April 2015

Mukhriz akan derhaka kepada Mahathir demi Najib?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir perlu segera meletakkan jawatan sekiranya masih enggan menyatakan pendirian susulan kritikan bapanya,
Tun Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin menegaskan tindakan tersebut perlu dibuat oleh Mukhriz kerana Najib bertanggungjawab melantik beliau sebagai Menteri Besar di Kedah.

Ahmad Lebai Sudin menyifatkan tindakan Mukhriz yang mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap 1MDB sebagaimana disarankan Tun Mahathir adalah satu keputusan yang amat mengecewakan.

Beliau berkata,  keputusan tersebut menunjukkan Mukhriz seolah-olah tidak yakin dengan penjelasan yang dilakukan oleh Najib berhubung isu terbabit.

“Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional, sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan.”

“1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Mohd Najib. Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB, tindakan tegas akan diambil.”

“Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya (siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Mukhriz yang menjadikan rakyat sebagai alasan untuk tidak menyatakan pendiriannya.

“Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong YAB Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang.”

“Hari ini kita sepatutnya membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM jadi tidak perlu membincangkan isu-isu lain yang tidak berkaitan," katanya lagi.

Menurut laporan, Mukhriz telah mengadakan satu pertemuan tergempar hari ini dengan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Kedah bagi membincangkan isu kritikan Tun Mahathir terhadap Najib.

Pertemuan tersebut dihadiri Adun Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Dato Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

Manakala Ketua Bahagian yang hadir ialah Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Dato Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

Selain itu, pertemuan tersebut turut melibatkan beberapa Exco Kerajaan Negeri Kedah termasuk Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Dato Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Dato Haji Badrol
Hisham Hashim.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: