KUALA PILAH – Seorang datuk berusia 61 tahun ditahan selepas dipercayai mencabul kehormatan dan cubaan merogol cucu perempuannya yang berusia 12 tahun.
Difahamkan sebelum ini, warga emas itu sudah beberapa kali mencabul kehormatan cucunya.
Namun perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas isteri warga emas terbabit ternampak suaminya cuba merogol cucunya di ruang tamu rumah mereka di Taman Bukit Intan, Batu 46, pada 10 Oktober lalu.
Dalam kejadian itu 10 malam itu, nenek mangsa yang berusia 50-an keluar dari bilik tidur untuk pergi ke bilik air ternampak suaminya berkelakuan mencurigakan di ruang tamu.
Selepas menegur suaminya, dia terkejut apabila melihat suaminya menindih badan cucunya lalu bertindak pantas menghalang suaminya yang juga pesara dari Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada terus melakukan perbuatan terkutuk itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa masih bersekolah dan tidak tinggal bersama datuk dan neneknya, sebaliknya tinggal bersama keluarganya di Taman Bahagia Delima.
"Namun pada malam itu, mangsa tinggal di rumah neneknya kerana ibu bapanya keluar bekerja. Ketika itu, mangsa yang berada seorang diri di ruang tamu ditarik oleh datuknya sebelum dibaringkan di atas lantai.
"Secara kebetulan nenek mangsa keluar dari bilik tidur ternampak suaminya dalam keadaan mencurigakan sebelum melihat cucunya terbaring di atas lantai akibat ditindih suaminya,” katanya.
Azmi berkata, nenek mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada ibu bapa mangsa.
“Pada awalnya mereka tidak mahu membuat laporan polis, namun kerana bimbang ia berulang lagi mereka akhirnya berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 6 petang pada 17 Oktober lalu.
“Hasil laporan polis, mangsa dipercayai bukan kali pertama diperlakukan sedemikian oleh datuknya tetapi sudah beberapa kali dalam tahun ini.
“Sungguhpun begitu, mangsa pernah mengadu kepada nenek dan keluarganya berkenaan perbuatan datuknya itu, tetapi mereka tidak percayainya malah cuba menyembunyikannya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, warga emas itu sudah ditangkap pada 19 Oktober lalu, jam 3 petang di rumahnya dan ditahan reman selama empat hari bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober lalu.
“Suspek kini diberi jaminan setelah siasatan selesai dan jaminan dilakukan oleh ahli keluarga. Kes ini akan dirujuk kepada Ketua Unit Perundangan Negeri Sembilan untuk mendapatkan arahan pertuduhan kerana kes masih dalam siasatan.
“Jika disabit kesalahan, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, membawa hukuman kepada 10 tahun penjara, atau denda atau sebatan,” katanya.
Sehubungan itu, Azmi menasihatkan kepada masyarakat khususnya ahli keluarga supaya bertindak agresif dengan melaporkan kes sedemikian kepada pihak polis.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
kahwin le satu lagi kalau isteri dah tak mampu nak melayan....
mengapa cucu pula yg kau cabol...
bodoh betul kau ni...
itu le hari2 kau makan ubat kuat..sekatang kau yg bermasalah...
Catat Ulasan