Jumaat, 7 November 2014

Ron 95 boleh naik sampai RM2.88.. ini penjelasannya

“Kedua kerajaan boleh mengenakan cukai jualan. Ini kerana cukai jualan ialah RM0.58 sen 1 liter bagi RON95 yang kita tidak kutip. Sepatutnya harga minyak itu RM2.30 sen campur RM0.58 sen seliter menjadi RM2.88 sen bagi RON95.

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan masih belum membincangkan untuk menurunkan harga minyak walaupun harga minyak mentah dunia terus menunjukkan trend penurunan.

Menurut beliau buat masa ini kerajaan masih memberi subsidi minyak iaitu RM0.12 sen seliter bagi RON95.

“Sekiranya harga minyak mentah turun di pasaran hingga Disember 2014, secara relatifnya purata harga minyak mentah 2014 tidak jauh dari anggaran asal tahun ini,” katanya di Parlimen hari ini.

Namun beliau mengakui kerajaan akan mengkaji dan menyediakan langkah terbaik sekiranya harga minyak terus menurun.

“Kerajaan mempunyai dua pilihan jika sampai pada tahap harga RM2.30sen seliter. Pilihan pertama menurunkan harga minyak, itu satu perkara popular.

“Kedua kerajaan boleh mengenakan cukai jualan. Ini kerana cukai jualan ialah RM0.58 sen 1 liter bagi RON95 yang kita tidak kutip. Sepatutnya harga minyak itu RM2.30 sen campur RM0.58 sen seliter menjadi RM2.88 sen bagi RON95.

“Namun kerajaan tidak mengenakan cukai jualan tersebut dan bukan itu sahaja, kerajaan juga memberi subsidi. Ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) baik kepada rakyat,” jelasnya.

Tegasnya, jika kerajaan ingin mengenakan cukai RM0.58 sen seliter pun hanyalah sehingga 1 April 2015.

“Ini kerana 1 April 2015 tidak ada cukai jualan. Kita dimaklumkan tidak ada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada minyak petrol,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan membuat rasionalisasi minyak kerana subsidi untuk minyak diesel dan petrol RON95 tidak rasional.

“Sebab itu kita kena buat rasionalisasi minyak. Sepatutnya subsidi ini diberikan kepada orang yang berpendapatan rendah dan bukan pada orang yang berpendapatan tinggi.

“Daripada 2,000 juta sebulan itu 70 peratus dinikmati mereka yang berpendapatan sederhana tinggi dan tinggi. 30 peratus dinikmati oleh yang berpendapatan rendah. Ini menunjukkan ketidakseimbangan dan sepatutnya sebaliknya.

“Sebab itu kita mahu membuat rasionalisasi minyak RON95 tersebut agar dapat diseimbangkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” jelasnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: