Rabu, 29 Oktober 2014

Takkan Saiful Bukhari buat kerja macam ni kot

Dua pelajar remaja dari Unisel mendakwa menerima RM50 setiap seorang supaya memakai baju Justice For Saiful.

Remaja lelaki dan perempuan yang enggan memberikan namanya itu kemudiannya hadir ke kawasan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.

Baju itu kemudiannya menjadi bahan pijakan penyokong-penyokong Anwar yang hadir menyokong Ketua Umum PKR itu dalam kes liwatnya.

Salah seorang daripada remaja itu berkata, dia datang berjalan kaki ke mahkamah sebelum dipanggil oleh seorang lelaki di dalam bas berhampiran jambatan di Putrajaya.

"Dia panggil kami dan bagi baju suruh pakai dan berkumpul di kawasan penyokong Saiful. Dia juga bagi RM50 seorang sebagai upah dan kami ambillah," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Malangnya baju itu tidak dipakai oleh mereka kerana kedua-dua remaja itu penyokong Anwar dan hadir di kawasan penyokong Ketua Umum PKR itu berkumpul. Mereka sendiri pun memijak baju tersebut sebagai tanda bantahan kepada Saiful yang kes dakwaannya diliwat Anwar dibicarakan.

Penyokong-penyokong Anwar memijak baju gambar Saiful dan sesetengahnya agresif sambil mencerca dan memaki Saiful.

Selepas dipijak-pijak termasuk oleh golongan wanita yang hadir, baju itu kemudian cuba dibakar.

Semasa insiden itu, sebahagian penyokong Anwar menghalang perbuatan sekumpulan lelaki membakar baju tersebut sehingga berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun, situasi dapat dikawal dengan campur tangan anggota polis berhampiran dan api dipadamkan pada baju t tersebut.

Persoalannya siapakah yang menyediakan baju T tersebut, adakah benar-benar untuk Saiful atau sengaja dibuat oleh pihak tertentu. Tidak mustahil ada agenda tersembunyi di sebalik bayaran RM50 dan tindakan memijak baju T tersebut, malah bukanlah sesuatu yang pelik kalau orang yang membayar upah itulah juga yang menyediakan baju T itu dan kemudian merancang memijaknya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Dalang2 tulah manusia2 LAHANAT. Amik kau.......

Saifool berkata...

biasalah kerja umno la tu.

takan keje obama atau jokowi pulak.

kerja umno buat t shirt(mcm kes bangla pakai tshirt patriot), buat sepanduk, buat banner dan buat video lucah.

begitulah hebatnya ungka2 itu

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak kerja Saiful. mesti kerja Umno..dalang konspirasi liwat ni.

Buat apa student Unisel tu menipu? Bukan bolih mempengarohi keputusan kes itu.

Ini bangang punya cerita..pi tuduh org yg memijak tu yang membuat baju dan bayar duit. Soalan nya? Bolih kah mempengarohi keputusan kes.