Banyak - banyak isu yang diperkatakan, aku tertarik dengan satu dialog yang berkata Anwar Ibrahim sengaja cari penyakit.
Kalau Anwar nak senang dan bebas dari dipenjarakan ekoran isu liwat, dia hanya perlu tunduk kepada UMNO. Keluar pakatan dan istihar rujuk kembali dengan UMNO.
Pakcik itu berkata, pasti tuduhan kepada Anwar akan ditarik balik.
"Anwar betul-betul bodoh" kata pakcik itu
Sembang itu tiada kesudahannya kerana masing-masing mengalih topik lain. Namun kalau aku fikir-fikir balik. Jalan pintas dan mudah sudah tentu mengikut apa yang seperti kata pakcik tersebut.
Seperti juga laporan berita berikut;
Anwar: Saya boleh jadi ‘Tun Anwar’
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau dibebaskan serta merta dalam pertuduhan fitnah liwat 2 sekiranya berpaling tadah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Anwar dengan nada berseluroh juga yakin akan dianugerahkan gelaran Tun selepas mengumumkan meninggalkan PR.
“Kalaulah saya cakap saya menyesal berjuang dengan Pakatan Rakyat dan saya tak suka Azmin ini Menteri Besar, PKR, DAP dan PAS ini semua kacau.
“Saya fikir-fikir masuk Umno sahajalah dan fikir-fikir lagi, Datuk Seri Najib Perdana Menteri terbaik dan fikir-fikir lagi first lady…
“Saya ingat dia tarik kes itu. Seminggu selepas itu saya jadi Tun. Jangan main-main, Tun Anwar Ibrahim dan kemudian mana-mana syarikat saya boleh jadi lembaga pengarah,” kata Anwar dalam Perhimpunan Rakyat Hakim Negara di Stadium 3K di sini malam tadi.
Bagaimanapun, jelas Anwar beliau tetap istiqamah berjuang bersama rakyat walaupun beliau terpaksa menghadapi risiko dipenjarakan.
Anwar, 67 tahun, hari ini menghadapi perbicaraan kes fitnah liwat 2 yang melibatkan bekas pembantu beliau, Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan.
Perbicaraan yang dijalankan sehingga Khamis ini bakal menentukan sama ada Anwar akan dipenjarakan atau dibebaskan sekaligus menentukan masa depan politik Anwar.
Pemerhati politik menjangkakan Anwar sekiranya dijatuhkan hukuman penjara akan berumur hampir 80 tahun apabila dibebaskan, iaitu peringkat yang dianggap melepasi had bersara bagi seorang yang menduduki kerusi tertinggi dalam politik.
Namun benar kata Anwar. Perjuangan ini harus kita teruskan.
Lawan tetap lawan!
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan