Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya memberitahu, perlucutan jawatan On berkuat kuasa serta-merta selain dikenakan denda.
"Tindakan ini diambil berikutan insiden yang telah berlaku ketika perlawanan antara pasukan JDT II menentang UiTM dalam saingan Liga Perdana (Sabtu lalu).
"Bagaimanapun, beliau masih lagi merupakan ahli jawatankuasa di dalam persatuan," katanya melalui kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi persatuan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, pihak persatuan mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan beliau kepada pasukan selama ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, siasatan berhubung insiden itu sudah dimulakan oleh pihaknya selepas menerima laporan.
"Kami sedang dalam proses mengambil keterangan daripada pihak-pihak terlibat iaitu pengurus pasukan dan akan turut memanggil beberapa saksi kejadian.
"Ada antara individu tersebut berada di negeri lain jadi kami akan meminta kerjasama daripada pihak polis negeri berkenaan untuk mengambil keterangan mereka," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
On pula telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, dekat sini.
"Saya hadir memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak polis, selain daripada itu saya tidak mahu membuat sebarang komen pada masa ini," katanya.
Beliau juga memberitahu setakat ini belum menerima sebarang makluman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung insiden tersebut.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Asal saja pegawai pasukan bertindak ganas pecat serta merta dan kenakan denda, tanpa memilih bulu. Laksanakan undang2 dgn tegas!
Catat Ulasan