Khamis, 24 April 2014

Dr Maza 'bantai' portal Keadilan .. tapi kenapa?

Dicelah-celah itu, Dr Asri menyuarakan pendapatnya berkenaan kesangsian beliau terhadap hadis yang telah dimanipulasi oleh pihak yang terbabit.

Dr. Asri berkata:

Saya tindak pasti sejauh mana ketepatan laporan akhbar rasmi Parti Keadilan ini. Jika benar ia merupakan satu tokok tambah kepada hadis Nabi s.a.w. Walaupun hadis Nabi s.a.w tentang bangun ketika jenazah yahudi lalu itu sahih namun tiada tambahan 'tunduk dan diam' dalam mana-mana riwayat.

Jika tidak, pasti para sarjana tiada khilaf tentang 'illah (punca hakiki) bangun tersebut. Adalah dilarang menokok tambah hadis yang memberikan implikasi makna lain dari maksud asal sesebuah riwayat.

Semua pihak kena berhati-hati berkaitan hadis. Sebelum ini kita ada ulama muda sebuah parti yang sering meletakkan hadis luar dari konteks untuk maksud politik mereka. Sehingga menyatakan harga naik ketetapan Tuhan untuk menjustifikasikan keadaan politik yang ada tapi tidak pula mahu menyatakan air tiada itu ketetapan Tuhan kerana itu tidak menguntungkan politik mereka.

Ada penceramah yang membawa hadis palsu dalam menarik pendengar. Jangan pula ada yang menokok tambah hadis untuk menjustifikasikan tindakan politik tertentu.

Jenazah bukan muslim dihormati dengan cara yang Islam ajar kita, tidak memerlukan 'penambahan sendirian berhad' ke atas riwayat yang sahih. Pihak berkenaan hendaklah menarik balik penambahan tersebut.

berita lanjut menyusul ..

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL MENARIK





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: