Khamis, 24 April 2014

Pengurus JDT2 dipecat

JOHOR BAHRU - Jawatan On Jabbar sebagai pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) telah dilucutkan dan didenda sebanyak RM25,000 oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) semalam sebagai hukuman terhadapnya kerana menumbuk muka pengadil.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya membe­ritahu, perlucutan jawatan On berkuat kuasa serta-merta selain dikenakan denda.

"Tindakan ini diambil ber­ikutan insiden yang telah berlaku ketika perlawanan antara pasukan JDT II menentang UiTM dalam saingan Liga Perdana (Sabtu lalu).

"Bagaimanapun, beliau ma­­sih lagi merupakan ahli jawatankuasa di dalam persatuan," katanya melalui kenyataan yang dimuat naik di akaun Face­book rasmi persatuan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak persatuan mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang di­berikan beliau kepada pasukan selama ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, siasatan berhubung insiden itu sudah dimulakan oleh pihaknya selepas me­nerima laporan.

"Kami sedang dalam proses mengambil keterangan daripada pihak-pihak terlibat iaitu pe­ngurus pasukan dan akan turut memanggil beberapa saksi kejadian.

"Ada antara individu tersebut berada di negeri lain jadi kami akan meminta kerjasama daripada pihak polis negeri berkenaan untuk mengambil keterangan mereka," katanya se­lepas menyempurnakan Maj­lis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

On pula telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, dekat sini.

"Saya hadir memberi ketera­ngan dan kerjasama kepada pihak polis, selain daripada itu saya tidak mahu membuat sebarang komen pada masa ini," katanya.

Beliau juga memberitahu setakat ini belum menerima sebarang makluman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung insiden tersebut.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Asal saja pegawai pasukan bertindak ganas pecat serta merta dan kenakan denda, tanpa memilih bulu. Laksanakan undang2 dgn tegas!