Amiruddin menerusi peguamnya Muhamad Hasif Hassan turut mengusulkan pihak pendakwaan melihat semula bukti dan melantik pegawai penyiasatan selain melihat semula seksyen lebih relevan.
Amiruddin berkata, susulan pengumuman kes itu malam semalam, pihaknya membuat rayuan di bahagian Tatatertib Bukit Aman di sini bagi melihat semula kes.
Amiruddin Osman (kanan) menunjukkan gambar pegawai penyiasat kes berkenaan bersama Adi Putra. Di sebelah kiri beliau, isterinya, Nooraida bt Abd Mutalib.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dikenali sebagai Nooraida Abdul Mutalib, 30, dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes itu.
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan