Khamis, 5 Disember 2013

RM7.2 BILLION KERAJAAN BAYAR KEPADA KONSULTAN : MANA PERGI PERANAN EPU

Isu panas ini aku petik dari blog pro UMNO yang mula merungut akan ketelusan kerajaan dalam membelanjakan wang rakyat .. alahai nasi dah jadi bubur la beb ..

kerajaan bayar RM7.2 billion kepada konsultan yang jika kita selusuri per servis mereka, hakikatnya TAK LARI DARI PERANAN EPU.
PERLUKAH WANG SEBEGITU BANYAK DIBUANG KEPADA KONSULTAN, SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA KEBANYAKAN KEMENTERIAN,EPU DAN LAIN-LAIN JUGA PUNYAI INDIVIDU YANG
PAKAR DALAM BIDANG DI DIBAYAR !



{baca lagi klik butang papar ... }






GAP/RAKYAT PERLU PENJELASAN DARI KERAJAAN .

1) senaraikan nama-nama syarikat konsultan yang terbabit.

2) daripada jumlah itu, berapa melayu, cina atau luar negara.

3) apa yang mereka cosult kan ? adakah ide dan konsultan mereka itu tak mampu difikirkan oleh EPU dll.

4) mohon kerajaan perincikan setiap konsultansi mereka itu membawa kejayaan atau kegagalan.

5) adakah elemen konsultansi itu LAYAK dan setimpal dengan BAYARAN ?

6) kenapa konsultan syarikat swasta ? adakah EPU sudah tidak nampak keberkesanannya kepada segala perancangan ekonomi negara ?

PENJELASAN KE ATAS BAYARAN KEPADA PERUNDING SEBANYAK RM7.2 BILLION BAGI TAHUN 2009 - 2013
1. Kementerian Kewangan ingin merujuk kepada laporan berkaitan jumlah pembayaran kepada syarikat-syarikat perundingan swasta sebanyak RM7.2 bilion dari
tahun 2009 hingga Oktober 2013.
2. Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.15 bilion adalah merupakan perbelanjaan di bawah Maksud Pembangunan
bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013.
Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan
pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan
pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan,
kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.
3. Malahan, mengambil kira perbelanjaan sebenar pembangunan bagi tempoh 2009-2012, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM195.655 bilion bagi
melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang telah dikenalpasti di seluruh Negara. Manakala untuk 10 bulan pertama tahun 2013, perbelanjaan
sebenar pembangunan adalah sebanyak RM30.077 bilion.
4. Sementara itu, sebanyak RM1.05 bilion daripada RM7.2 bilion tersebut adalah belanja perkhidmatan dibawah Maksud Mengurus bagi tahun 2009 hingga Oktober
2013, antaranya bagi perkhidmatan saintifik dan penyelidikan, perkhidmatan kajian ekonomi serta perkhidmatan professional lain seperti bayaran yuran audit,
yuran guaman dan latihan perniagaan kepada usahawan.
5. Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara.
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: