Khamis, 5 Disember 2013

Video Bung Mokhtar tersebar ..



gamat seketika sewaktu Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul tergempar memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran bajir teruk yang melanda bandar itu.

"Saya pohon mengusulkan satu usul tergempar tidak bertulis di atas

urusan banjir di Kuantan.
 
"Saya pohon isytiharkan darurat kerana keadaan di Kuantan begitu parah dan kritikal dan memerlukan bantuan segera dari tempat-tempat lain.



{baca lagi klik butang papar ... }






"Saya mohon dibenarkan kerana saya terima panggilan tidak henti-henti dari semalam ada yang terperangkap di rumah air sampai leher," kata Fuziah.

Pada ketika itu kedengaran suara-suara dari yang tidak jelas tetapi bising-bising dari sebelah pihak penyokong kerajaan.

Fuziah bagaimanapun meneruskan usulnya.

"Dengar dulu, dengar dulu (menenangkan suara bising). Ada panggila dari rumah tengah malam air sampai leher tak ada JPA, tak ada bot tak ada polis tak ada bomba. Hampir 4,000 penduduk tiada makanan.

"Saya memohon seluruh anggota penyelamat untuk membantu di Kuantan sebelum berlaku kemalangan yang lebih besar lagi," katanya.

Pada ketika itu, Bung Mokhtar berdiri mencelah dan menggesa agar Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.

"Kita benarkan YB kuantan untuk balik Kuantan tengok rakyat di sana," kata Bung.

Tindakan itu mendorong Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang), Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berdiri membidas Bung Mokhtar.

"Tengok rakyat buat apa kalau tak jaga..." bidas Zuraida.

Khalid Samad menyokong Fuziah yang membangkitkan perkara itu di Parlimen sementara Fauzi menyatakan kekesalannya dengan sikap Bung Mokhtar.

"Kalaulah disiplin ahli dewan begini saya pun malu Yang Dipertua," kata Fauzi.

Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menenangkan keadaan dengan menggesa semua mereka agar duduk dan meminta menteri berkenaan memberi respons.

"Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibangkitkan itu adalah masalah rakyat tetapi bantu dulu saya selesaikan masalah ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri serentak," kata Pandikar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian bangun menjelaskan yang helikopter Agensi Penguatkuas Maritim Malaysia telah dihantar ke Kuantan untuk meninjau keadaan.

Pihaknya juga telah mengerahkan agar bantuan yang diperlukan dihantar ke Kuantan dengan segera.

Fuziah kemudian mengucapkan terima kasih kepada Shahidan tetapi sempat menegur Bung Mokhtar.

Menurutnya, Bung Mokhtar tidak faham akan keseriusan isu tersebut sehinggakan ia terpaksa dibawa kepada perhartian Parlimen.

"Apa yang Kinabatangan tidak faham apabila ahli Parlimen bawa ke sini, ini adalah keputusan peringkat paling tinggi," katanya. Sumber: Malaysia kini



~kredit asal sahabat kaki sembang/S: Apalah punya mentaliti dan perangai teruk  Ahli Parlimen Kinabatangan, bagi aku soal banjir nie x yah lah nak berpolitk sangat, soal banjir nie soal kemanusiaan dan semua terlibat dalam bencana ini..Bung Mokhtar kalau rasa nak tunjuk hebat ini bukan tempatnya. Aku meluat tahap nak muntah dengan si Bung nie, bukan sekali perangai macam nie, nak tunjuk hebat bukan ini caranya..Memalukan BN je ada Ahli Parlimen cmnie.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: