Entah apa lagi alasan yang nak diberikan parti haramjadah UMNO untuk memperbodohkan rakyat dengan kenaikan tariff elektrik menjelang tahun hadapan.
Kalau harga gula naik untuk kurangkan penyakit kencing manis dan kuatkan seks seperti kata Najib, maka kenaikan tariff elektrik untuk kurangkan penyakit apa pulak agaknya ..
Mungkin kerajaan Najib akan menambahkan lagi derita dan sakit jiwa di kalangan rakyat. Bukan mengurangkan penyakit, mungkin lebih banyak penyakit akan tiba ..!
{baca lagi klik butang papar ... }
Dr MAZA juga mempertikaikan tindakan kerajaan dimana TNB untung besar tapi masih lagi mahu menaikkan harga tariff elektrik. Kenyataan seperti berikut:
Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat.
Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.
"TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya.
"...tahun 2014 tarif elektrik baru bermula.. 2015 GST bermula.. rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai.
"Jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan rakyat kencing manis.. kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan penyakit apa pula?" katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.
Semalam Bernama melaporkan subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ, berkuat kuasa 1 Januari 2014.
0 respon:
Catat Ulasan