FAKTA 3
“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.
FAKTA 4
Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj.
4 fakta aku bagi.. nak mudahkan cerita kita bahasakan kenyataan ini dalam penyampaian bahasa kampung.
TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai 1 januari 2014.
apa rakyat akan bual kan ?
"BARANG NAIK."
TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai januari 2014.
apa rakyat akan bual kan ?
"kos meningkat."
TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai januari 2014.
apa rakyat akan bual kan ?
"kerajan jaga kepentingan IPP dan bukannya rakyat."
TNB pernah buat kenaikan tarif pada jun 2011, yakni kenaikan sebanyak 7 %.
bulan januari 2014 naik pulak 15%..
maknanya dalam masa tak sampai 2 tahun setengah ada kenaikan sebanyak 22 % !
TNB KATA TAK BEBANKAN PENGGUNA ?
REALLY ?
aku amik satu contoh mudah. kebanyakan golongan pertengahan melayu duduk kat flat dan apartment.
bila duduk apartment/flat dan pangsapuri secara automatikalinya penduduk kena bayar duit maintenance.
duit maintenance itu membabitkan hak bersama penduduk menikmati kemudahan bekalan api,air dan lif.
kenapa penduduk terpaksa bayar maintenance ?
pasal nak hidupkan lif, kena pakai elektrik.
nak guna air kat rumah, kena pastikan pam air berfungsi.
nak nampak terang, malam berpuluh lampu koridor mesti dihidupkan.
kos eletrik untuk jana 24 jam LIF , lampu ,jana pam air dll bakal membabitkan kenaikan juga kerana kepenggunaan BIL SEMASA ELETRIK baik pihak pengurusan bangunan ataupun JMB adalah biasanya melebihi RM3000 setiap bulan. ( minima berdasarkan kos bil api satu blok apartment yang ada 130 pintu ).
Hehehe kalau tak nak bayar sila duduk dalam gua keh keh keh ...
berapa ramai melayu duduk dalam apartment dan pangsapuri ?
kenaikan tarif 15% ini hakikatnya akan ditanggung pihak pengurusan bangunan dan JMB.
tak mustahilkah kelak, kos lebihan ( 15%) ini bakal dilepaskan kosnya dan ditanggung pula oleh penduduk yang mendiaminya...! yakni dengan cara pihak pengurusan bangunan menaikkan kadar bayaran bulanan maintenance kepada penduduk !
dalam isu penduduk yang tinggal di pangsapuri dan apartment, hakikatnya mereka terpaksa menanggung 2 bil serentak iaitu bil rumah dan bil banggunan. ( yakni bayaran maintenance meliputi api,air,parking dll )
jadi apa kejadahnya TNB kata ia tak membebankan pengguna !
di lembah klang, berapa puluh ribu apartment dan pangsapuri yang melayu pertengahan duduk ?
kat klang sahaja mengikut survey majlis perbandaran klang, hampir terdapat 200 lebih apartment/pangsapuri taraf sederhana berdaftar dengan MPK.
ini tak masuk kondo...
kalau jumlah di klang dijadikan sandaran. berapa puluh ribu keluargakah yang akan terpalit terkesan dengan kos ini ?
contoh di atas boleh dpanggil sebagai domino efek.
yakni kos tanggungan pengurusan dilepaskan kepada rakyat.
AKU ADA SOALAN SPESIFIK KHAS UNTUK BN.
BOLEH KE BN NAK RAMPAS SELANGOR KALAU LAGI BANYAK DASAR KERAJAAN 'YANG KACAU POKET RAKYAT' DILAKUKAN ?
boleh .. boleh blah!!
BACA FAKTA NO 3 KAT ATAS.. AKU QUOTE .
Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.
kata TNB pelarasan tidak akan membabitkan 2 atau 3 kali ganda.
jun 2011 naik 7 peratus.
januari 2014 naik hampir 15%...
7 + 15 = 22 % dalam masa tak sampai 2 setengah tahun.
takkan naik berganda apanya TNB ? Najib pun bingai jugak?
yang menarik nya pula bila TNB kata sektor industri takkan terjejas dari pelarasan ini. ( kononnya bila sektor industri tak terjejas, maka produk barangan takkan dinaikkan ..kih kih kih .. Ini kajian dari mulut longkang ke atau nasihat 1 Malaysia / Israel?
inilah masalah bila suka pandang kos pada sebelah pihak aje.
di seksyen 7 shah alam, boleh dikatakan hampir 70% peratus peniaganya adalah melayu.
ada yang buat kad kawin, buat kek, servis kereta dll.
jika overhead kos untuk bil utiliti api mereka sekitar RM1000, kenaikan 15% tarif ini bukankah akan membebankan mereka kerana hakikatnya kelak mereka akan membayar lebihan RM 150 untuk bil api sedia ada.
itu kalau bil RM 1000 ?
kalau bilnya RM 2500 ?
naikkan 15 %...
tak menjejaskan industri kata TNB... hei mangkok, peruncit ni takde dapat special price lah jika dibandingkan dengan pihak industri yang besar !
INI IDE SAPE NIH WEI ?!
ONGKILI KATA KERAJAAN AKAN BAGI REBAT RM20 KEPADA BIL PENGGUNA BAWAH RM20..
dalam malaysia, bil siapa bawah RM 20 wahai ongkili ?
dalam malaysia, berapa ramai bil bawah RM20 ongkili ?
kenapa tak keluarkan statistik jumlah pengguna dalam kuantiti yang dapat rebat RM20 nih ?
RM20 tu setakat on kipas dan lampu je. Tu pun kena catu .. hanya bingai saja yang percaya RM20 rebet tu membantu rakyat. Nak pasang tv .. kena fikir dua kali .. nak pasang peti ais kena fikir dua kali ..nak pasang lain2 barangan elektrik kena fikir tiga empat kali .. Pemimpin UMNO goyang **lu* je duduk dalam aircond ..
Yang berkipas rakyat termasuk pencacai UMNO kononnya hidup melayu .. piraaah!
pak menteri, tolong berhenti bodohkan rakyat!
* aku ubahsuai dan tokok tambah dari blog pro UMNO ..
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan