Filem tersebut tidak ditapis dan ini kesalahan berat di Jepun . Menurut akhbar Yomiuro 19 November lalu , Sugawara dihantar oleh Kazufumi Nakamura ( 36
) kepada Koichi Kamidaki ( 45 ) , penduduk Chiba , yang bekerja sebagai produser filem video pada tarikh 13 April 2011 .
Polis juga menahan Kamidaki pada bulan Oktober dan Nakamura juga ikut ditahan bulan November lalu . Keduanya ditahan dengan tuduhan mempunyai bahan filem
porno yang tidak ditapis dan dimaksudkan untuk dijual mencari keuntungan .
Bahagian cyber polis Shizuoka mencari laman porno tersebut sehingga dilakukan siasatan serta mencari para pelaku tersebut .
Menurut laman Cuore Music , Sugawara adalah lulusan jabatan muzik Tokyo University of Arts . Namun dengan kes dianggap memalukan tersebut , datanya telah
dikeluarkan dari laman alumni universiti tersebut .
Selain mengajar murid sekolah , Sugawara juga sempat tampil di program TV dan Radio termasuk di NHK Jepun sebagai sebahagian daripada ahli kumpulan penyanyi
untuk kanak – kanak di masa lalu . Tahun 2003 Sugawara pernah mendapat anugerah utama sebagai pertandingan soloist pelajar SMA di perfektur kanagawa .
Filem – filem porno di Jepun tidak lepas dari aktiviti para anggota Yakuza juga kerana menghasilkan wang yang cukup besar di Jepun
Sumber tribunnews.com
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan