Jumaat, 25 Oktober 2013

Nasib baik aku tak post video pegawai bank yang mati ditembak .. ini sebabnya..!

Assalamu’alaikum dan Selamat Sejahtera,

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan gambar dan rakaman CCTV pembunuhan kejam seorang pegawai bank atau gambar-gambar mangsa di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Whatsapp .

baca lagi ..



Jika anda telah berbuat demikian sila padamkan post tersebut. Ini adalah untuk menghormati mangsa dan keluarga beliau. Ia mungkin juga mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak.

Kami telah pun meminta kerjasama YouTube untuk mengeluarkan video berkenaan dengan seberapa segera.


Untuk makluman, penyebaran gambar dan video sebegini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sekian, terima kasih.

sumber

* korang fikir patut ke gambar dan video tu tak disebarkan ..?UPDATE:

*korang mesti terkejut dengan pendedahan ini:

Tragedi kejam tembak pegawai bank, Norazita teramat malang. Malang kerana yang menembak adalah warganegara asing yang memiliki MyKad palsu diambil bekerja oleh syarikat keselamatan Securiforce Sdn Bhd.


Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) didakwa dimiliki Datuk Maznah Hamid, Exco Wanita UMNO Malaysia. Sebagai Pengarah Eksekutif. Dia juga perlu bertanggungjawab dan disiasat kerana menggaji pekerja yang memiliki MyKad palsu dengan nama nama Ardi Hamza (770818-12-6721) dari Tawau, Sabah.




Tembak-Pegawai-Bank-MyKad-PalsuSemalam KDN dikatakan membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.



Kenapa kini baru diketahui gagal mematuhi syarat dan peraturan. Kenapa sebelum ini ia bebas beroperasi?



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

hanya muka perompak saja patut di tayangkan untuk or (orang ramai) kenal jika terjumpa dan buat laporan

Tanpa Nama berkata...

sykt tu akan beroperasi semula..tgulah kalau x pcya sbb siapa tokey dia...dh terhantuk baru nak tengadah..sykt berkenaan patut membayar ganti rugi sewajarnya pd keluarga mangsa..kalau boleh juta2...

Tanpa Nama berkata...

datuk maznah org kuat umno...hahahahaha