Jumaat, 25 Oktober 2013

Bukan gula sahaja .. sepatutnya lapan jenis lagi dinaikkan .. saksikan .. !

Tapi tak boleh cakap kuat-kuat .. sebab nanti ada macai dan Menteri kata ..

... kalau tak suka boleh keluar dari Malaysia

Hari ini khabar gembira buat pengundi Barisan Nasional (BN) kerana mereka mendapat hadiah ketiga setelah BN mendapat mandate sekali lagi memerintah Negara.

Hadiah ketiga (kalau tak salah) adalah kenaikan harga gula mulai esok sebanyak 34 sen sekilo.

Sebelum ini harga minyak dan harga rokok telah dinaikkan. Tahniah .. tahniah ... hadiah hebat untuk penyokong tegar Barisan Nasional.

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.


Sepatutnya Najib dan barisan cerdik pandai dalam Barisan Nasional harus juga menaikkan harga barangan berikut :

  • Naikkan harga kereta / motorsikal supaya rakyat kurang mampu untuk membeli kereta / motorsikal. Jadi kurang kemalangan jalanraya
  • Naikkan / hapuskan 100% subsidi petrol bagi tujuan yang sama di atas
  • Naikkan harga telekomunikasi dan gajet supaya gejala social dan jenayah social dapat dikurangkan
  • Naikkan harga minyak masak dan segala jenis minyak bagi mengurangkan kolesterol
  • Naikkancukai jalan, lessen memandu
  • Hapuskan harga subsidi gas< kerana Negara kita paling murah di dunia


  • Hapuskan subsidi elektrik dan air supaya rakyat kurang membazir


  • Kenakan cukai 100% ke atas makanan dan minuman segera


Tapi tak boleh cakap kuat-kuat .. sebab nanti ada macai dan Menteri kata .. ... kalau tak suka boleh keluar dari Malaysia
# sila like "kami undi pakatan rakyat"

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: