dalam kejadian pertama, sebanyak lima kubur digali sedalam kira-kira satu meter di bahagian kepala dan di kiri kanan membabitkan kubur empat perempuan dan satu lelaki.
TEMERLOH – Penduduk sekitar Kampung Kuala Sanggang, gempar apabila lima kubur di tanah perkuburan Kampung Belanka digali pihak tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sanggang, Maazi Rahmat Maharam Abdullah berkata, dua kali kejadian sama berlaku iaitu pada malam Jumaat seminggu sebelum Aidilfitri dan malam Jumaat minggu lepas.
baca lanjut ..
Menurutnya, dalam kejadian pertama, sebanyak lima kubur digali sedalam kira-kira satu meter di bahagian kepala dan di kiri kanan membabitkan kubur empat perempuan dan satu lelaki.
“Kejadian berlaku pada malam Nuzul Quran dan disedari waris mangsa keesokan paginya manakala kejadian kedua pula pada malam Jumaat minggu lepas apabila tiga daripada lima kubur terbabit digali lagi dan dikambus semula,” katanya.
Katanya, penduduk bimbang berlaku kegiatan khurafat di kawasan kubur terbabit memandangkan cara gali adalah sama iaitu di bahagian kepala dan kiri serta kanan kubur.
“Kami tidak tahu si pelaku menjuruskan kepada kubur siapa, apa yang kami bimbang si pelaku melakukan perkara khurafat,” katanya.
Maazi berkata, dalam kejadian pertama dan kedua, pihak berkuasa agama menghantar beberapa pegawai ke lokasi kejadian untuk siasatan.
“Diharap mereka meneliti tujuan sebenar si pelaku berbuat demikian sama ada dia mengambil atau meninggalkan sesuatu di kubur terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada waris mangsa kejadian tidak berhasil berikutan kesemua mereka enggan mendedahkan identiti keluarga.
Bagaimanapun, seorang daripada ahli keluarga terbabit mahu pihak berkuasa agama menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti si pelaku dan tujuan dia berbuat demikian sekali gus mengelak kejadian daripada berulang.
Kadi Temerloh, Badarudin Ahmad Bustami ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berdasarkan laporan pegawainya dan penduduk kampung.
“Kes gali kubur ini jarang berlaku, bagaimanapun dipercayai si pelaku dalam kejadian itu mengamalkan ajaran sesat.
"Kami akan siasat perkara ini hingga ke akar umbi,” katanya.
lepas cctv dipasang pewaris kenalah bayar service provider tu pulak.takut kalau kalau cctv tu kena curi gajikan mat bangla jadi jaga kubur.lama kelamaan tidak mustahil orang islam warga malaysia kena tempah liang lahat sebelum mati,kubur yang ada cctv ngan jaga kira lain harga,biasa biasa lain harga.aman sunggohn negaraku dah mati pun masih ada kezaliman berlaku.
2 respon:
Kena pasang CCTV la pulak pasni kat sume kuboq....huh huh huh
lepas cctv dipasang pewaris kenalah bayar service provider tu pulak.takut kalau kalau cctv tu kena curi gajikan mat bangla jadi jaga kubur.lama kelamaan tidak mustahil orang islam warga malaysia kena tempah liang lahat sebelum mati,kubur yang ada cctv ngan jaga kira lain harga,biasa biasa lain harga.aman sunggohn negaraku dah mati pun masih ada kezaliman berlaku.
Catat Ulasan