Ahad, 1 September 2013

Duda dan janda antara pasangan ditangkap khalwat malam MERDEKA

BUTTERWORTH 31 Ogos - Seramai 23 individu dicekup pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Ambang Merdeka, awal pagi ini.

Dalam operasi yang bermula seawal pukul 11 malam tadi, kesemua yang ditahan termasuk dua anggota tentera berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasa JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya memeriksa tujuh buah hotel bajet termasuk sebuah rumah rehat di daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

baca lanjut ..



Katanya, dalam pemeriksaan itu, sebanyak 12 lelaki dan 11 perempuan ditahan kerana disyaki berkhalwat dan kesemua mereka dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan.

"Kebanyakan yang ditahan mengaku masih bujang namun ada di antara mereka berstatus janda dan duda. Siasatan lanjut mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 akan dilakukan sebelum mereka boleh dijamin ahli keluarga masing-masing.

"Sekiranya didapati bersalah mereka boleh dihukum denda tidak kurang RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita hari ini. Menurut Khairul Azman, dalam operasi yang berakhir pukul 7.30 pagi itu, 17 individu turut ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Enakmen yang sama kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: