Rabu, 31 Julai 2013

Pasai apa UMNO-BN suka sangat projek 'gajah putih?'

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merasa kesal berikutan pelaburan RM14.49 juta oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi membina Kompleks Silveritage Galleria menjadi projek ‘gajah putih’.

Koordinatornya, Salman Saleh berkata, tujuan asal pembinan kompleks pada 1998 untuk dijadikan Pusat Budaya Utama Negeri Perak.

“Mengikut tujuan asal, kedudukannya yang strategik di mana ia terletak di jalan utama merupakan satu-satunya pusat pelancongan komersil bagi menonjolkan seni dan tradisi Perak kepada para pelancong,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

baca lanjut ..




Katanya, ia berubah pada 2004, apabila terminal bas digunakan di Kompleks Silveritage Galleria setelah dipindahkan dari Medan Kidd oleh kerajaan negeri ketika itu.

Kini, ujarnya terselah lagi kegagalan pembangunan di Kompleks Silveritage Galleria setelah terminal bas dipindahkan pula di Meru Raya.

“Bagi kami penyelesaian aset milik PKNP hanya bersifat pembaziran semata-mata.

“Kami mengharapkan PKNP tidak mengambil jalan mudah untuk menjual asetnya jika melalui jalan buntu di masa yang akan datang,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, katanya PAS negeri mendesak kerajaan memberikan penjelasan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bulan Ogos nanti.

Katanya lagi, apakah pelan jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan aset penting dan berstrategik tersebut tidak terlepas begitu sahaja.

“Dan kami cukup bimbang jika langkah Kerajaan Negeri Perak membenarkan usaha sama dengan lain-lain pihak yang akhirnya akan merugikan pelaburan yang selama ini dibuat terhadap pembangunan kompleks Silveritage Galleria,” katanya.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: