Rabu, 31 Julai 2013

Apa reaksi PERKASA dan para macai dengan kenyataan Rafidah Aziz?

Sekarang ni bila kita tengok blog pro UMNO-BN selepas PRU 13, masih ada lagi bunyi tak puas hati dengan kaum Cina yang didakwa banyak memberi undi pada pakatan.

Perkataan "cinabeng" memang sudah jadi mainan blog pro UMNO-BN. Kalau tengok betul-betul blog pro UMNO agak keterlaluan dalam memainkan isu perkauman. Tapi macam biasa SKMM, KDN buat dek dengan blog-blog jenis macam ni.

Utusan juga tak terkecuali, cedok dan petik sentimen races dari blog-blog pro UMNO. Ingat lagi isu artikel "apa lagi Cina mahu?" .. kiniRafidah Aziz bekas orang kuat UMNO sudah berbunyi ..

"Ini sangat salah … tidak betul untuk mengatakan begitu. Saya sangat terkejut."

baca lagi ...




petikan dari Malaysian Insider ..

Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan beliau tersinggung dengan pendirian diambil oleh meja pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang bersikap keras dengan masyarakat Cina kerana menyokong pembangkang.

Bekas ketua Wanita Umno itu memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak bersetuju dengan muka hadapan akhbar itu selepas pilihan raya umum yang menulis, “Apa lagi Cina mahu?”

“Ini sangat salah … tidak betul untuk mengatakan begitu. Saya sangat terkejut.

“Ia bukan satu kenyataan ‘yang sihat’, untuk dinyatakan,” kata bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu mengimbas kembali pengalaman peribadinya mendapatkan undi untuk Barisan Nasional (BN) di kawasan berbilang kaum.

Rafidah mengatakan seringkali menikmati sokongan semua tidak kira sama ada mereka Melayu, Cina atau India dan menambah beliau diterima baik oleh bukan Melayu.

“Kita harus menerima mereka terlebih dahulu dan lain-lain akan melihat dan sedar. Kita harus terbuka dan layan semua orang dengan adil… kita tidak boleh kata sesuatu seperti ‘apa lagi Cina mahu’ dan lepas dengannya.”

Menurut Rafidah sesetengah daripada saat tidak terlupakannya dalam politik datang dari bukan Melayu yang tiada kena mengena dengan Umno.

Bercerita mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki tua (Cina) beliau berkata, “Saya masih ingat kata-katanya, ‘aiya… kenapa ini macam jadi… kita manyak suka sama you’.”

“Saya terharu akan tetapi saya beritahunya, ‘Tak mengapa pakcik… perkara begini kadang-kadang berlaku,” katanya.

Beliau menambah, “Saya tidak suka bermusuh… Saya suka buat kawan, ia sangat penting pada saya. Kita semua patut jadi begini.”

Apabila ditanya mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX Azran Osman Rani menyelar akhbar berbahasa Melayu itu, Rafidah mengatakan itu adalah hak peribadinya dan di luar “urusan lembaga pengarah.”

“Itu adalah kenyataan peribadinya mengenai perkara itu. Tidak bolehkah seseorang menyatakan pandangannya zaman ini?” kata Rafidah yang juga pengerusi AirAsiaX. – 31 Julai, 2013





# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: