Rabu, 22 Mei 2013

Apa jadahnya presiden CUEPACS seru boikot Air Asia?

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : CUEPACS boikot Air Asia

"Saya minta setiap ketua jabatan di dalam sektor awam turut menjadikan syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Firefly sebagai pilihan utama mereka untuk sebarang urusan rasmi kakitangan mereka sama ada di dalam mahupun ke luar negara.

"Kuasa pengguna daripada 1.4 juta kakitangan awam mampu memberi kesan kepada AirAsia, jadi saya minta semua kakitangan awam membuktikannya terutama pada musim cuti sekolah nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia

Omar tidak sepatutnya jadi "bodek" nombor satu


klik papar untuk butiran lanjut:



Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sepatutnya bertindak sebagai seorang Presiden Cuepacs untuk semua dan tidak mengambil bahagian dalam tindakan perkauman Utusan Malaysia atau UMNO.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Datuk Omar jelas terlupa bahawa dalam Cuepacs ada Melayu yang tidak rasis dan bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam.

Beliau menganggap Cuepacs salah kerana menyertai Utusan Malaysia memboikot Air Asia dan Air Asia X dan patut menjadi sebuah pertubuhan perkauman tetapi berkhidmat kepada semua penjawat awam di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

“Datuk Omar telah menyertai Utusan Malaysia dan menyeru Air Asia dan Air Asia X diboikot, dengan menyatakan bahawa kuasa 1.4 juta penjawat awam boleh memberi kesan terhadap Air Asia, terutamanya pada musim cuti sekolah.

“Cuepacs sangat salah apabila menyertai usaha Utusan Malaysia memboikot Air Asia dan Air Asia X,” katanya dalam kenyataan media di Komtar, hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kenyataan bongkak Omar menggunakan kuasa Cuepacs hanyalah lagak kosong kerana beliau tidak mampu memastikan undi 1.4 juta penjawat awam kepada BN pada pilihan raya umum lalu sehingga menyebabkan BN menjadi parti minoriti hanya meraih 47% undi popular berbanding Pakatan Rakyat yang memperolehi 51% undi popular.

Menurut beliau, Utusan Malaysia telah menjadikan kedua-dua syarikat penerbangan itu sasaran, selepas Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X mengutuk Utusan Malaysia kerana tajuk berita yang menimbulkan provokasi perkauman yang mensasarkan masyarakat Cina berikutan kekalahan BN pada PRU-13, 5 Mei lalu.

“Tindakan tidak bertanggungjawab pertubuhan perkauman itu menjadikan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke arah rekonsiliasi nasional dan 1Malaysia sekadar satu janji kosong.

“Tindakan perkauman Utusan Malaysia mengikut jejak kempen penyokong BN untuk memboikot produk pengguna perniagaan masyarakat Cina bagi menghukum komuniti berkenaan kerana menyokong Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata, kempen perkauman sedemikian dengan menyalahkan masyarakat Cina dan menjadikan mereka kambing hitam bertujuan menyembunyikan hakikat bahawa BN kehilangan sokongan orang Melayu hingga menyebabkan Pakatan Rakyat menang undi popular sebanyak 51%.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang baru, Datuk Hasan Malek tidak mempertahankan kempen boikot berasaskan kaum dan bertindak terhadap organisasi perkauman berkenaan.

“Dewan Perniagaan Melayu dan Cina sudah menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan perlu segera campur tangan untuk memberhentikan kempen ‘tidak sihat, kebudak-budakan dan perkauman’ sebelum ia memberi impak buruk kepada pertumbuhan ekonomi.

“Pertubuhan perkauman ini cukup membuat kerosakan bukan saja kepada perpaduan nasional tetapi juga imej negara apabila membenarkan boikot produk berasaskan perkauman ini berterusan, Malaysia akan dilihat sebagai tidak jauh bezanya berbanding rejim perkauman seperti rejim apartheid Afrika Selatan, malah turut membawa kesan negatif kepada ekonomi,” tambahnya.- Ceupacs tidak patut turut boikot Air Asia, Air Asia X (Roketkini.com)

Tindakan tidak matang


klik papar untuk butiran lanjut:


PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan gesaan veteran Umno supaya ahlinya memboikot AirAsia dan AirAsia X sebagai mengheret sentimen politik yang tidak matang susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani dikatakan mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tegasnya cubaan itu juga akan gagal kerana ia hanya membuka pekung di dada Utusan dan veteran Umno itu yang tidak boleh dikritik lalu mengaitkan Azran sebagai tidak mengenang budi.

"Sebenarnya memboikot itu hanya memperbodohkan mereka yang memanggil boikot itu kerana saya rasa mereka sendiri pun naik AirAsia lepas itu diam-diam. "Saya yakin ia tidak ada kesan kerana akhirnya rakyat masih membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik kepada mereka. "Kalau terbaik bagi mereka menaiki AirAsia, kerana paling murah dan paling banyak, mereka akan naik AirAsia," katanya kepada Sinar Harian Online, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan seorang pegawai tertinggi syarikat penerbangan tambang murah itu selepas mencerca lidah rasmi Umno itu

Azran dalam tulisannya di Facebook menulis," I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Azran juga mengumumkan untuk menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia dan menyebut,"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

AirAsia merupakan antara pembeli ruang iklan utama di media Malaysia.

Dalam pada itu, Rafizi turut mempertahankan kenyataan Azran itu kerana beliau mempunyai hak bersuara terhadap akhbar berbahasa Melayu itu yang tidak relevan lagi di negara ini.

"Malaysia sekarang dalam keadaan yang terbuka, kalau dulu setiap seorang tidak boleh menyatakan pendapat, kalau tidak hentam, kritik dan sebagainya. "Kalau dia tidak betul, bidas dia, kalau dia langgar tatasusilanya, maka tegur dia. "Kalau ikut dari segi melanggar tatasusila, yang paling banyak ialah Utusan Malaysia, jadi mereka mestilah lebih terbuka," tegasnya.

Selain itu, Rafizi mendakwa Utusan dan sekutunya cepat melenting apabila pelanggan iklannya mengkritik secara terbuka tentang hala tuju akhbar itu yang dikatakan tidak lagi mewakili suara masyarakat Melayu di negara ini.

"Semua yang berjaya kalau mengkritik atau tidak menyokong Umno dituduh sebagai tidak mengenang budi. "Ini adalah masalah psikologi di peringkat Utusan sebab mereka merasakan seluruh rakyat Malaysia Melayu ini terhutang budi dengannya. "Saya akan pertahankan mana-mana pihak yang benar di antara mereka untuk menghentam sesama sendiri," tegasnya.

Rafizi juga mencabar Utusan Malaysia supaya mengemukakan saman terhadap Azran di mahkamah sekiranya kenyataan ketua pegawai eksekutif AirAsia X itu telah menjatuh maruah dan kredibiliti akhbar itu.

Mutakhir ini Air Asia turut dilanda kontroversi apabila melarang pelanggan yang anaknya menghidapi cacar air daripada menaiki pesawat berkenaan.

Menjawab bahawa ia mematuhi peraturan tahap kesihatan global dan tidak mahu ia berjangkit kepada pelanggan lain, Air Asia dikritik keras pelbagai pihak.

Ibu, anak dan ditemani dua saudara yang bercuti di Vietnam itu bagaimanapun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mei, pada jam 7.45 malam menaiki penerbangan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dengan bantuan Tourism Malaysia.

Kisah ini menjadi tumpuan media sosial selepas artikel disiarkan Mazidul Akmal Sidek, menerusi blognya www.mazidulakmal.com dan diikuti beberapa media tempatan.





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Unknown berkata...

HAMPA NAK BOIKOT,IKUT SUKA HAMPA LAH. KALAU AIR ASIA TURUN TAMBANG SEBAB KURANG PENUMPANG, AKU NAK BOOKING...

Tanpa Nama berkata...

Bagus gak kalu air asia turun harga.aku pun book. Harap mas tambang mahal.duit penting boss dari boikot. Ingat la..kita susah x ada org nak tolong.