Rabu, 22 Mei 2013

Wan Muhammad Azri sah papagomo

- Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

Polis sahkan blogger Umno, Wan Azri Papagomo




KUALA LUMPUR 8 MEI: Peguam, Latheefa Koya hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya adalah Papagomo, blogger pro-Umno.

Menurut Latheefa yang juga Pengarah Guaman KEADILAN, beliau terserempak dengan Papagomo bersama wakil peguamnya dari Majlis Peguam di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi.

“Kami (bersama peguam, Eric Paulsen) terserempak dengan Papagomo yang sedang digari di Balai Polis Dang Wangi, dan polis sendiri sahkan beliau adalah Wan Azri,” kata Latheefa kepada Keadilan Daily.

Papagomo (kanan) bersama TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin
Papagomo (kanan) bersama TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin

Wan Azri sebelum ini menafikan beliau adalah Papagomo.

Beliau ditahan semalam di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran kiriman berunsur perkauman terhadap kaum Cina sebelum ini.

“Polis juga menasihatkan orang ramai agar terus membuat laporan terhadap Papagomo yang telah banyak mengirim berita-berita berunsur fitnah dan lucah,” kata Latheefa.

sumber




# sila like "kami undi pakatan rakyat"









RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: