Khamis, 25 April 2013

Jangan terkejut bila baca fakta mengenai BR1M nih .. mampuih la!!

Waktu tengah duk buat e-filing income tax yang due hujung bulan Eini dua tiga malam lepas, saya terperasan sesuatu – pasal duit EPF.

Biasalah, bila nak isi borang income tax, antara maklumat yang perlu dimaklumkan ialah jumlah potongan EPF/KWSP untuk tahun berkenaan. Memang, pihak syarikat
ada menyediakan statement yang berkaitan, tetapi nak bagi puas hati saya counter-check dengan penyata rasmi yang diterima daripada pihak KWSP melalui pos
dua bulan yang lepas.





# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Bila saya lihat penyata EPF saya ini, saya rasa sedikit teruja, walau pun jumlahnya belum sampai sejuta, tapi Alhamdulillah dah melangkaui setengah juta
(RM500 ribu lebih), kira setengah-jutawa­nlah saya ini, ha ha ha.

Masalahnya, angka RM500,000 lebih ini hanyalah sebuah angka, hanyalah sebuah figura yang tercatat di atas sehelai kertas yang bernama PENYATA KWSP. Walaupun
penama itu adalah diri saya, tapi duit itu buat masa ini adalah hak KWSP. Boleh tengok dan boleh tayang kat merata internet, tapi tak boleh sentuh.

Sesekali, meleleh air liur juga tengok angka ini, tapi setakat meleleh air liur saja, tak boleh buat apa – ibaratkan ada makanan lazat di depan mata, tapi
tidak dibenarkan menyentuh atau pun merasa makananan tersebut, macam itulah lebih kurang analoginya.

Hari itu, ada sahabat nasihat saya suruh bawa keluar, melabur kat skim insuran/public mutual/trust fund dan yang satu waktu dengannya. Saya tak berani
nak bawa keluar sebab saya tak berapa yakin dengan pelaburan-pelab­uran ini. Mungkin sebab perit pernah kena tipu dengan Skim Pelaburan PLSB apa ke nama
tu, sampai habis beribu-ribu hilang melayang begitu saja – di zaman Muhyidin Yasin jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri ke apa dulu. Sejak itu, saya serik
nak melabur dah; tak yakin dan tak konfiden. Lebih baik letak dalam EPF – LAGI SELAMAT!!

Itulah tanggapan saya,sehinggala­h saya pi dengar ceramah PRU malam tadi, tak jauh dari rumah saya ini.
Saya dengar Penceramah itu kata:

“Tuan-tuan dan puan-puan, tahu kah tuan/puan bahawa duit BRIM yang depa duk brainwash orang-orang kampung kata itu duit Datuk Najib, Duit UMNO, SEBENARnya
sebagiannya adalah duit yang kerajaan pinjam dari Simpanan EPF tuan/puan, simpanan EPF anak-anak tuan/puan, simpanan EPF menantu tuan/puan, yang sepatutnya
disimpan untuk masa depan mereka, bukannya diberi pinjam ikut suka”

Tahukah tuan/puan, berapa jumlah duit yang kerajaan UMNO/BN ini pinjam dari EPF?

“RM144.5 BILLION!!” – Seratus Empat Puluh Empat point Lima Billion Ringgit.

Tu dia haih – NALA PUNYA BANYAK!!!

Saya balik search Internet nak confirm, memang betoi pun seperti dalam keratan berita.

(Jawapan bertulis dalam sidang Parlimen – RM144.5 Billion)

Saya jadi terkedu bila Penceramah itu tanya:

“RM144.5 Billion tuan/puan, MAMPUkah kerajaan UMNO/BN bayar semula hutang-hutang itu nanti sedangkan sekarang ini pun jumlah hutang kerajaan sudah melebihi
RM500 Billion?”

Macam tu kalu, duit aku yang RM500,000 lebih itu macam mana?

Boleh tahan sampai umur pencen ka?

Saya duk risau kot-kot kalau bila sampai time saya nak keluarkan duit EPF saya itu nanti, tiba-tiba tengok dalam akaun, duit RM500,000 lebih itu cuma tinggal
RM500 saja.

Bila saya tanya kat pegawai berkenaan, macam mana boleh jadi macam itu, nanti pegawai itu cakap:

“Habis kat BRIM encik – yang RM500 ini kira encik punya BRIM lah!!”

Mampuih!!

Sekian, kisah BRIM: Sebuah Adegan Yang Paling Aku Takuti.

Oleh Munir





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Gombug berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

baguih dok ada cerita nih.. lebih sama sperti yg aku bayangkan 2 thn yg lpas.. siap bangkitkn hal ni dpan sorang ketua cawangan parti tu ha pasai kerajaan kita ni langsung x ambik kesah bab hutang nih.. advance & expert jugak minda aku nih... he he