Jumaat, 1 Mac 2013

Salleh Yaakob masih lagi penyampai radio sinar.fm

pen buruk online

Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 52, berhubung penyebaran videonya yang seolah-olah menyindir pihak pembangkang.

(video panas Salleh dan Nabil bangkang dari longkang)

Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih.




# sila like "pakatan rakyat supporters"

"Kami terkejut tentang perkara itu namun begitu bagi kami video tersebut tidak ada kaitan dengan Astro.

"Ia adalah perkara peribadi beliau, kita tidak campur tangan," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Isu itu timbul apabila video Salih bersama pelawak Nabil Ahmad berjudul Bangkang Dari Longkang telah tersebar di Internet sehingga mendapat kritikan penyokong parti pembangkang kerana ia dilihat seolah-olah mempersendakan parti berkenaan.

Dalam rakaman itu Salih yang memegang watak ahli politik membuat pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat sebaliknya semua itu hanyalah kata-kata kosong sebelum dapat menakluki Putrajaya.

Penyebaran video komedi selama 2.50 minit itu juga telah membuatkan Salih memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan.
rujuk:
(komen Salleh Yaakob setelah dikritik hebat)

Dalam perkembangan berkaitan Astro Radio berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM.

"Dia masih lagi deejay radio kami kerana tiada apa-apa surat peletakan jawatan kami terima.

"Apa-apa pun kami tidak akan memanggilnya berhubung isu itu,” jelas juru cakap berkenaan.

Nabil tak serik-serik


Nabil pula semakin ghairah mengutuk pakatan rakyat dengan video terbaru muncul yang bertajuk pengajian tinggi percuma

Boleh tengok video tersebut pada pautan di bawah:

video Nabil - pengajian tinggi percuma
PBO: Salleh Yaakob masih lagi tidak muncul di siaran sinar pagi hari ini dan tempatnya digantikan oleh Sabri Yunus. Tertekan agaknya :)kekekeke

#reaksi anda dengan berita ini?




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

kalau mamat beristeri empat ini mengutuk Barisan Nasional pasti kena buang punya

Libang Libu berkata...

Tuan PBO,

blog tuan telah dipautkan dgn Libang Libu.
harap blog PBO bukanlah blog sensasi. juga tidak memaparkan gambar/artikel tidak senonoh (seksi/seks umpamanya)

salam perjuangan yg akan terus mara!

otaklunyai berkata...

semalan kata nak letak jawatan lah, nak tinggalkan dunia senilah... macam2 helah.. nak test market dan nak simpati... wal hal si batang tubuh itu bukan budak2 yg tak tau nak beza yg mana baik atau buruk... dah memang sikap dia begitu... seperti aku komen semalan takkan berhenti si tua meroyan tu... ada 4 cawangan nak suap dgn apa... boikot je... kalau nak masuk politik masuklah betul2 ni main buat video2 bangang camtu... aku rasa dia ni betul2 banggang, tapi bila interview dlm tv bukan main tunjuk bagus... watak sebenar dia dah terserlah... otak ny a sinting... boikot jangan tak boikot... itu je cara nak ajar malun2 nih... dia rasa dia bagus tu... aku dah hampir 2 tahun tak buka siaran 3 stoopges tu.... makin mengarut... nasihat saya baik kita berzikir dlm kereta dapat pahala, barokah dan tidak stress walaupun jalan sesak... cuba dulu baru tau nikmatnya... tak perlu lagi dah siaran2 lara dan merapu...

Tanpa Nama berkata...

dah tukar channerl... sorry la nak dengar sinar lagi

Tanpa Nama berkata...

Salleh oiiii,elok la ko dok diam2 main lagu kt situ OK! Jgn nk MENYEMAK ckp yg bkn2 OK!

Tanpa Nama berkata...

salam aku jg sokong pr.tp dlm isu lwk ni aku xstuju dgn mjriti pykg pr. itu hak dia la dia nk lwk je mcm mn hak dia.kita buat lwk ktk bn boleh tp bila ada plwk lwk kutuk pr korang sentap.apedehal.koranh kutuk bn leh bl ada pncacai sndr pr korang mrah. mgkin cr dia kterlaluan. tp jgn rs kita ja btl. hidup dlm demokrasi kn tbuka. xsmua org suks bn dan xsmuaa org suka pr.fikir2kn. apapun aku ttp pykg pr.tq

Tanpa Nama berkata...

Pelawak2 bengap bagi alasan lawak nak cari makan. Kalau berani buat sketsa mengutuk UMNO/BN. Ada brani?