Jumaat, 1 Mac 2013

Kemelut Jejambat runtuh di CyberJaya antara PLUS dan PKNS

KUALA LUMPUR, 28 Feb — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pernah menyerahkan jejambat yang runtuh hari ini kepada syarikat pengurusan lebuhraya itu.
pen buruk online





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Sebelum itu, pengarah urusan PKNS Othman Omar berkata hari ini jejambat tersebut dibina PKNS pada 2007, tetapi diserahkan kepada pihak pengurusan lebuhraya tersebut pada Mac lalu.

"PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin menjelaskan bahawa jejambat di Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor 2 tidak pernah diserahkan untuk diselenggara.

"Jejambat tersebut telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan masih di bawah tanggungjawab PKNS sehingga kini," menurut kenyataan PLUS hari ini.

"Oleh yang demikian, jambatan tersebut ditutup selepas tinjuan Menteri Kerja Raya dan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaktifkan lencongan jalan di KM P2.4, iaitu di persimpangan bertingkat di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di laluan Lingkaran Putrajaya," tambah kenyataan itu lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, jejambat dan jalan dibawahnya ditutup sejak 7 Disember kerana terdapat gegaran pada tiang penyokong jejambat tersebut.

Beliau juga menambah lebuhraya itu akan ditutup dan satu lencongan jalan akan diadakan sehingga 31 Disember tahun ini bagi kerja-kerja pembaikan.

Timbalan pengarah urusan PKNS Abdul Ghani Hashim turut mengatakan tiang penyokong di sebelah Cyberjaya mengalami masalah struktur.

Menurut PKNS, tanah lembut di sekitar kawasan tersebut mengakibatkan ia mendap, menyebabkan PLUS melantik pihak ketiga untuk membaikinya.

PKNS menegaskan jejambat tersebut dibina dalam keadaan baik semasa diserahkan kepada PLUS, tetapi mengatakan ia tidak direka untuk menahan penggalian di bawah jalan tersebut yang mengakibatkan gangguan struktur.

Othman mengatakan pihaknya akan memulakan kerja-kerja membina jejambat itu secepat mungkin, apabila pembersihan mengambil masa tiga minggu dan pembinaan akan mengambil masa lapan bulan.

Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari tadi dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.
Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).

Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009. Empat peneraju projek ini - PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.

Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.
Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan. ~insider


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: