Jumaat, 1 Mac 2013

UPDATE: Perkembangan semasa pencerobohan Tentera Sultan Sulu di Lahad Datu


pen buruk online

UPDATE PENCEROBOHAN TENTERA SULTAN SULU DI LAHAD DATU - REFRESH SELALU:


  • Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
  • Dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.


Berita terdahulu:

Macam dalam mimpi bila mendengar khabar pencerobohan dari kesultanan Sulu di Lahad Datu sekarang. Perang sudah tercetus!! . Malaysia sudah lama tidak terancam begini. Namun PBO berasa macam ada sesuatu yang tersembunyi dari insiden pencerobohan tersebut.

PBO tidak dapat menterjemahkan apa yang dirasa dalam bentuk tulisan bimbang ianya disalah erti. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Malaysia.

Berikut adalah perkembangan semasa pencerobohan dari kesultanan Sulu di Lahad Datu.





# sila like "pakatan rakyat supporters"



sumber blogger "pencerobohan tentera Sultan Sulu":


Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.

Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.

Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.

Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing.

Deretan kedai dan pasaraya di bandar itu sudah ditutup sejak perintah tersebut berkuat kuasa sehingga sekarang.

Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar.

Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar itu awal pagi tadi.

Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari.


Dari petikan Mstar online - Polis Lepaskan Tembakan Terhadap Pemberontak Sulu - pen buruk online


1.3.2013

Lahad Datu: Tembakan Mula Dilepaskan


Oleh RUBEN SARIO

LAHAD DATU: Adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Raja Muda Agbimuddin Kiram, ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

"Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri," kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: "Oras na ito (pada waktu ini)."

Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus.

Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

"Meron na (Terdapat anggota yang cedera)," katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.

Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:"Ewan ko (Saya tidak tahu)."




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: