# sila like "pakatan rakyat supporters"
Ekoran itu, pelbagai pihak yang hadir ke mahkamah hari ini menyifatkan beliau sebagai penakut walaupun sangat berani apabila menulis dalam blognya.
"Selaku defendan Papagomo mesti hadir di mahkamah biarpun lawyernya berhujah mohon penangguhan ..rupanya PENAKUT bila disaman!" tulis Datuk Saifudin Nasution Ismail yang turut hadir selaku saksi melalui twitternya.
Papagomo melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran beliau sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.
Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;
“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”
Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jur ubahasanya, seorang perempuan warganegara China.Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.
Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.
PBO: hehehehe kenapa takut papagomo. kan demi agama, bangsa dan Negara. Aku sengaja pilih tajuk di atas sebab aku harap papagomo insaf dan bertaubat atas fitnah dia selama ini.
2 respon:
ko ni tak kesian ke ngan dia bro. dia tgh penin kepala sbb kena hempok ngan samseng kat kepong hari tu. bior le dia semboh dulu....
selagi tak bertaubat dia buat lagi la.....dia jadi habit lama dah....tunggu dia taubat dulu ma... baru ok tu.....
Catat Ulasan