Rabu, 23 Januari 2013

Musa Hasan kata pemimpin pembangkang tak berkualiti

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan pembangkang di negara ini barisan pemimpin tidak berkualiti.

Menurutnya, ini berikutan sikap pembangkang sendiri yang sering menyalahkan kerajaan tetapi tidak menampilkan idea yang bernas untuk membangunkan negara.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan



“Bagi saya, pembangkang berkualiti akan bantu kerajaan majukan negara. Namun, apa yang saya lihat, mereka asyik mencari kesalahan kerajaan tanpa ada inisiatif untuk tampil dengan idea sendiri,” katanya.

Musa berkata demikian dalam temu bual dengan saluran televisyen internet, Dtubes.TV.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan sekarang juga masih memiliki banyak masalah yang perlu diperbetulkan.

“Kebanyakan pemimpin sekarang lebih utamakan kepentingan sendiri berbanding negara. Ini masalah yang harus diperbetulkan. Namun saya tidak bermaksud kerajaan salah sepenuhnya kerana pembangkang pun bukan semuanya betul.

“Cuma kerajaan sekarang perlu mentadbir dengan keterbukaan jika betul-betul mahu laksana transformasi seperti diingini rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap sikapnya yang vokal terhadap kerajaan tidak disalahertikan.

Sebaliknya, kata Musa, beliau hanya mahu memperbetulkan keadaan dan memastikan negara sentiasa aman.

“Saya lantang bukan sebab benci, tetapi sayangkan negara dan tidak mahu imej kerajaan diperlekehkan,” katanya.

sumber sini





Wahai pemimpin pakatan yang bengap dan bodoh sombong

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

mamat ni merapu aja lebih apa nak diharapkan sangat dari manusia jenis ni

Tanpa Nama berkata...

Offer atau tawar dia satu kerusi selamat di mana2 DUN atau Parlimen pasti dia U Turn.

Ada org kata kalau dah makan duit haram hati jadi kotor

Abd Rahman berkata...

Pemimpin PR bukan tak berkualiti, tapi hati yg busuk ada pd pihak kerajaan yg tak nak terima nasihat mendatangkan banyak musibah.. Contoh terdekat apa jadi ngan saham Felda.. Tak kan lah nak pujuk supaya terima nasihat cam budak kecil... Biar pedih asalkan semua sedar..

Tanpa Nama berkata...

1. GOLONGAN UMNO BERIMAMKAN DS NAJIB RAZAK......? 2. GOLONGAN PAS BERIMAMKAN TGDS HJ A HADI, INSYALLAH, DIA BOLEH MEMBIMBING MEREKA DUNIA AKHIRAT. 3. GOLONGAN PKR BERIMAMKAN DS ANUAR IB, ALHAMDULILLAH DIA SEORANG YG TLH BANYAK MENEMPUH UJIAN, PENDIRIANNYA LEBIH KEMAS, INSYALLAH SEORANG YG BOLEH DILETAKKAN HARAPAN MEMBELA MEREKA DGN ADIL. MAAF UNTUK NAJIB SAYA TAK TAU NAK KOMEN LAIN SELAIN TERNGIANG2 PERKATAANNYA MENYEBUT HARAMJADAH. PADAH MENYEBUTNYA MAKIN TERASA OLEHNYA.