Rabu, 23 Januari 2013

MCA sudah bagi kata dua pada Najib

Politik bijak yang dimainkan oleh MCA menjelang pilihanraya bikin Najib ketar lutut berhadapan dengan sokongan Cina. Selalu kita lihat apabila menjelang pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. Minta apa saja, pasti akan ditunaikan atau sekurang-kurangnya buat UMNO tersentak dari lamunan.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Terbaru kata dua Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL) mengenai gaji minima yang mesti diputuskan oleh kerajaan Najib sebelum sambutan Tahun Baru Cina akan datang.

"Kementerian Sumber Manusia perlu membuat keputusan secepat mungkin sebelum Tahun Baru Cina," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden hari ini -Malaysia Kini

Walaupun kata dua itu ditujukan kepada Subramaniam selaku menteri di kementerian itu, namun selaku penaraju, Najib juga akan terkesan. Mungkin juga buat tidur malamnya tidak lena.

Tambah CSL lagi, kalau tiada kata putus, mereka akan menyokong IKS untuk melakukan demonstrasi.
"Menurutnya, MCA akan menyokong pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mengadakan demonstrasi jika Subramaniam gagal berbuat demikian."

Habislah kali ini, apakah stadium Merdeka akan menjadi gelanggang bagi parti kompenen UMNO itu untuk bertindak pula? Aku pun hairan sejak bila MCA pandai berdemonstrasi?

Jika politik bijak MCA mewakili kaum Cina, bagaimana pula dengan politik orang melayu?


sumber sini



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: