Rabu, 19 September 2012

Kedah: Bagi balik hasil kami RM200j

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.






“Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incoorporated (MBI) terhadap Felcra. Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu,” katanya.

Menurutnya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.

“Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.

"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Azizan berkata, buat masa ini, MBI sedang mengenal pasti pemilikan tanah bawah MBI dan Felcra untuk memudahkan proses tuntutan.

“Surat tuntutan sudah bincang, cuma jumlah sebenar belum pasti, namun ianya melibatkan jumlah yang banyak,” katanya.

Menurut sumber, antara kejayaan MBI bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra, di mana sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan oleh kerajaan terdahulu kini akan dikembalikan kepada rakyat Kedah, pembayaran akan dibuat berdasarkan perjanjian.
Difahamkan, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Felcra juga tidak membuat pembayaran.

Dalam perkembangan lain, Azizan menafikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat rombakan besar-besaran akibat mengalami masalah.

“Setakat ini, tiada rombakan dibuat, semua GLC Kedah berjalan lancar. Saya adalah pengerusi MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB), semuanya tiada masalah,” katanya.

Menurutnya, mungkin pada awal pengambilalihan, wujud beberapa masalah termasuk kewangan, namun selepas empat tahun PR menerajui Kedah, semuanya berjaya diselesaikan.

Sebelum ini, PKB ketika diterajui Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tenat, namun berjaya dipulihkan sehingga mampu memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta setahun.

Azizan menyifatkan ini suatu kejayaan dalam mengendalikan GLC Kedah, ekoran PKB berjaya melunaskan hutang tertunggak, malah dalam tempoh empat tahun, kembali aktif dan menyumbang hasil kepada negeri. (SH)


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

felcra ni sepatutnya membantu anak2 ahli felcra. beberapa orang pelajar yg telah membuat loan yayasan felcra (jurusan medic)sebaik saja bekerja kena bayar balik selama 10 tahun dgn interest 4%. contohnya, jika pelajar membuat pinjaman RM 200000, keluar bekerja terus kena bayar RM2000 sebulan. bayangkan, wpun bertugas sebagai doktor, tetapi sebagai houseman, manalah mampu utk bayar banyak tu selama 10 tahun.sepatutnya, yayasan felcra mencontohi JPA atau MARA, di mana bayaran kurang pada permulaan dan bertambah apabila gaji bertambah. sepatutnya juga, yayasan Felcra mencontohi MARA, pelajar yg score GCPA 2.7 dapat kurangkan bayaran 25%, 3.0 hanya bayar 10%. Tetapi Yayasan Felcra hanya memberi kurangkan bayaran kpd 50% kpd pelajar 3.0 ke atas dan tukar ke biasiswa utk pelajar yg score 3.5 ke atas. yg bawah 3.0 kena bayar penuh. BUKAN MUDAH PELAJAR PERUBATAN NAK SCORE 3.5, 3.0 PUN SUSAH!!!! BUKANKAH FELCRA SEPATUTNYA MENGGALAKKAN ANAK-ANAK AHLI FELCRA YG BUKAN ORANG SENANG UNTUK MENAIKKAN TARAF MEREKA SUPAYA DAPAT MEMBANTU KELUARGA MEREKA YG SUSAH!!! KALAU MACAM INI, MACAMMANA NAK MEMBANTU IBUBAPA , MALAH ADA IBUBAPA YG TOLONG BAYAR HUTANG ANAK, BERILAH DORONGAN DAN SUPPORT KPD BAKAL DOKTOR/HOUSEMAN DGN MENGURANGKAN BAYARAN SPR PINJAMAN MARA SEBAB SUDAHLAH BELAJAR SUSAH SAMPAI ENAM TAHUN.TANYALAH MANA-MANA PELAJAR PERUBATAN, SUSAHNYA BELAJAR, MACAM MANA NAK SCORE 3.5. LULUS JADI DOKTOR PUN DAH BERSYUKUR. HABIS BELAJAR DAN STRESS SEMASA MENJALANI HOUSEMANSHIP KENA BAYAR HUTANG YG BANYAK, ada yg rm 2000, ada yg rm1000 sebulan(bergantung pd pinjaman). tentu mereka ini bertambah stress, kerana mereka anak orang susah, bukannya anak menteri, usahawan dll. nama pun anak peserta FELCRA.bukankah sepatutnya FELCRA membantu anak2 ahli FELCRA. Memang kita berterimakasih dapat loan tetapi agak tidak munasabah, baru bekerja pun terus bayar beribu-ribu ringgit sebulan . surat rayuan untuk mengurangkan bayaran langsung tidak dilayan.SEMOGA YAYASAN FELCRA PRIHATIN DGN NASIB HOUSEMEN, ikutlah sistem bayaran balik JPA atau MARA. ataupun hapuskan hutang mereka sebagai tanda sokongan bahawa anak-anak telah berjaya dan jado contoh kpd anak2 peserta yg lain.berilah semangat kpd mereka...barulah FELCRA benar-benar membantu orang miskin.