Rabu, 19 September 2012

Kes Scorpene: Kebenaran akan terbukti jua.. kau nak lari mana?

KUALA LUMPUR 19 September: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan, perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis tetap berjalan seperti biasa walaupun kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap NGO tersebut.

Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel berkata, pada masa ini, mahkamah sedang menyoal-siasat beberapa pegawai syarikat Malaysia dan Perancis yang dikaitkan dengan urusan pembelian kapal selam itu.






“Peguam yang mewakili Suaram memberi jaminan kepada kami apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia tidak akan menjejaskan perbicaraan kes Scorpene.

“Malah perbicaraan berjalan seperti biasa dan kini mahkamah sedang menyoal siasat beberapa pegawai termasuk dari Malaysia dan Perancis,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Menurut Cynthia, pihaknya kini sedang menunggu kebenaran mahkamah untuk membuat pendedahan terbaru mengenai perkembangan siasatan.

“Kita dimaklumkan ada perkembangan terbaru yang menarik hasil daripada siasatan di sana. Kita tunggu sahaja nanti,” ujarnya.


Cynthia (kiri) bersama peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri (tengah) di hadapan Mahkamah Perancis.
Dalam pada itu, Cynthia turut menempelak kenyataan pemimpin Umno BN kononnya tiada perbicaraan membabitkan Scorpene di Perancis.

Tegas beliau, proses perbicaran berjalan mengikut prosedur dan Suaram tidak boleh membuat kenyataan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran mahkamah.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, Suaram akan didakwa di mahkamah minggu ini selepas mendapat lampu hijau daripada Pejabat Peguam Negara.

Ismail Sabri berkata, pertuduhan itu berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kononnya laporan kewangan syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu mengelirukan.


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: