KUALA LUMPUR: Satu lagi operasi sindiket memberi MyKad kepada warga asing di Pusat Latihan KIWA yang dilakukan di tepi lebuh raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terbongkar.
Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS, Pusat Adram Musa berkata, pihaknya sudah membuat laporan di balai polis Sepang.
“Polis mendapati lima suspek sudah dapat IC (kad pengenalan) bernombor 71 iaitu lahir luar dari Malaysia. Ini menunjukkan wujud skandal pemberian IC dan salah urus peraturan undang-undang dalam negara. Lima warga asing ditahan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Bagaimanapun, Adram hairan kerana penganjur sindiket berkenaan adalah individu sama dalam kes yang dibongkar sebelum ini.
“Kita curiga, penganjurnya sama dalam kes di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putrajaya tempoh hari,” kata Adram.
Sebelum ini sindiket sama yang ada kaitan dengan pemberikan MyKad kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya, dikesan di sebuah resort berhampiran Putrajaya.
Enam bas membawa warga asing ke resort berkenaan tetapi polis membuat penafian dan memberi alasan tak masuk akal, kononnya warga asing di Istana Dugang Country Resort itu menghadiri kursus keusahawanan.
0 respon:
Catat Ulasan