Khamis, 7 April 2011

Nazri kata Abu Kassim tidak perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak perlu meletak jawatan walaupun terdapat desakan untuk berbuat demikian.

Manakala operasi 3B yang sedang dijalankan SPRM akan diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Kita tidak jangka benda ini hendak berlaku dan itu juga bukan kehendak SPRM. Jadi saya tidak setujulah kalau desakan untuk Abu Kassim letak jawatan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa pihak agar kerajaan mengambil tindakan sama ada meminta Abu Kassim meletak jawatan atau menggantung tugasnya.

Ini berikutan, sebagai mengambil tanggungjawab atas kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56 yang ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini, semalam.- Bernama

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: