Khamis, 7 April 2011

InsidenSarbani: 2 anggota SPRM ditahan kerja

PUTRAJAYA - Susulan insiden yang berlaku di pekarangan Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua pegawai SPRM ditahan kerja untuk tujuan siasatan.








Menurut kenyataan media, ia dilakukan kerana pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM, di mana pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi/pelanggan sepanjang masa ketika berada dalam premis SPRM.

Difahamkan, proses tahan kerja itu bertujuan membantu melicinkan penyiasatan dalaman dan berakhir sehingga siasatan selesai.

"Tindakan tahan kerja tersebut dibuat di bawah Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataertib) (Pindaan) 2002 iaitu Penahanan kerja bagi maksud penyiasatan.

"Hasil penyiasatan dalaman ini setelah selesai kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM yang dianggotai Pengerusi, Datuk Mohd Nor Haji Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Chooi Mun Sau dan VM Ravindran," kata kenyataan itu.

Terma rujukan Jawatankuasa Aduan itu adalah untuk memantau pengendalian oleh Suruhanajaya akan aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya.

"Selain itu, ia untuk mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tatacara kerja Suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja Suruhanjaya sebagaimana yang difikirkannya patut," katanya. (SH)



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: