Selasa, 5 April 2011

Hangat: PAS Johor isytihar Utusan,Kosmo dan TV3 media lucah malam ini

KUALA LUMPUR, 5 April: Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini.








Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.

Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.

Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

"Pendekatan membesar-besarkan isu seks ini langsung tidak menyumbang pembinaan masyarakat madani dalam negara ini. Ia hanya mendedahkan cerita-cerita kotor dan jijik kepada masyarakat yang akan didengar atau dibaca oleh semua golongan termasuk remaja," kata beliau.

Malah Mazlan turut mendakwa pihaknya hari ini menerima banyak aduan daripada rakyat yang marah dengan perkembangan tersebut.

Isu klip rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi laporan utama media-media arus perdana hari ini apabila sebahagian daripada klip itu dimuat naik dalam youtube dipercayai bermula semalam.

PBO: Kita sedia maklum tangan-tangan ghaib ada di dalam media massa negara untuk menghancurkan pembangkang. Tetapi mereka terlupa, rakyat bawahan menilai tindak tanduk mereka.




sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

very good ,bakar saja surat khabarnya.umnoapco perlu di ajar, mana ader melayu kat johor, melayu dah kena jual oleh amoapco sex, aku org bn melayu betul malu, melayu diletak di bontot,melayu di hina, oleh grombolan chek det,jipapco ,kuda hitam tero T, malu,malu,malu melayu, bangsa lain i am horrey,horey. melayu sudah lah ,ni yang aku nak cakap lunchah kat amnoapco ni.

Tanpa Nama berkata...

,melayu british (UMNO) ni mana ada rasa malu
inilah taktik yang digunakan dari dulu untok
memalukan orang.