Selasa, 5 April 2011

Ini rupanya kerja BN Kedah ...

PBO: Jika begini kerja dan perangai BN / UMNO Kedah, maka PBO menyeru rakyat Kedah untuk memastikan BN Kedah menang sifar di Kedah pada PRU13.

Ikuti pendedahan sebenar dengan menekan butang "papar"









ALOR SETAR, 5 April: Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah telah membelanjakan RM8 juta untuk membiayai program politik Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (gambar) mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang berlangsung semalam ketika menjawab soalan tambahan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berkaitan sumbangan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) berjumlah RM1.2 juta.

Antara perbelanjaan yang didedahkan ialah perbelanjaan persiapan mesyuarat perwakilan Umno, membiayai program Perdana Menteri di Padang Terap, sumbangan wang tunai kepada Umno Kedah dan bahagian-bahagian Umno untuk menghadapi PRU 12 lalu.

Amiruddin berkata, perbelanjaan yang tidak menepati objektif penubuhan syarikat itu telah mengundang 'teguran keras' Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunannya.

Susulan dari itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung cukai korporat ekoran permohonan kemudahan pengecualian cukai telah ditolak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akibat perbelanjaan yang bermotifkan politik Umno itu.

Amiruddin turut memaklumkan prestasi kewangan STDC yang berjaya dipulihkan sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan GLC Kedah.

STDC masih mencatatkan kerugian berjumlah RM144,000 pada 2008 tapi prestasi syarikat telah berjaya dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan RM334,000 (2009) dan RM826,000 (2010). (harakah)

sumber sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: