Isnin, 29 Februari 2016

Hadi oh Hadi .. kenapa jadi begini?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan beliau tidak akan menyertai sebarang perhimpunan anti Datuk Seri Najib Razak termasuk yang dijadualkan pada 27 Mac depan.

Presiden PAS itu berkata, walaupun beliau anti Umno, tidak bermakna beliau tidak suka kepada ahli parti Melayu itu.

“Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online hari ini.

“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik.”

Ahli Parlimen Marang itu bercakap kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib yang dijadualkan berlangsung 27 Mac ini.

Disember lalu, Hadi dan Najib mengenakan baju Melayu yang sedondon warnanya duduk sepentas dalam satu program di Kuala Lumpur.



Ini menyebabkan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengkritik kepimpinan Hadi yang dikatakan ingin menyelamatkan Umno.

Sebelum ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib untuk melepaskan jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun Zaid kemudiannya berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan demonstrasi tetapi sebenarnya merupakan satu acara yang diadakan secara “tertutup” dan atas “jemputan sahaja” kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya 1 perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid melalui akaun Twitter sebelum ini. – 28 Februari, 2016.

* apa agaknya jawatan untuk Hadi jika UMNO dan PAS berkahwin?

jom layan tak ada kena mengena dengan Hadi tau video ni hehehehhe ..

Tapi kenapa Hadi masih mau berbaik dengan Najib. Tidak dengan UMNO kononnya? Najib dan UMNO tu siapa?


Komen pedas TMJ setelah Muhyiddin digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO dua hari lalu

Tidak cukup dengan usaha yang nampaknya kembali rancak mahu menggantung jawatan atau keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin, terdapat juga antara pemimpin atasan parti yang mendesak beliau berundur daripada jawatannya.

Antara hujah mereka, jika ingin terus mengkritik Najib Razak selaku Presiden UMNO, Muhyiddin harus berundur kerana ia merosakkan parti dan memberi imej tidak baik kepada orang ramai memandangkan peranan orang nombor dua ialah membantu orang nombor satu.

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh perwakilan, perlukah Muhyiddin didesak untuk berundur atau secara sukarela mengundurkan diri?

Kalau perwakilan yang memilih, bukankah hanya perwakilan juga yang boleh menggugurkannya?

Lebih tidak masuk akal bilamana yang membuat desakan itu antaranya ialah mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang seperti Nazri Aziz dan Azalina Othman Said.


Apakah mereka tidak faham undang-undang atau sengaja tidak mahu memahaminya?

Bagi Muhyiddin pula, apakah semata-mata kerana mengkritik Perdana Menteri, beliau mesti meletak jawatannya, tambahan lagi teguran yang dibuatnya bukanlah sesuatu yang palsu dan direka-reka?

Terdapatkah klausa dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden tidak boleh mengkritik Presiden dan jika ingin menegur juga, maka haruslah berundur terlebih dahulu?

Adakah membantu Presiden hanya dalam bentuk puji-pujian, bodek dan kipas saja?

Tidakkah menyatakan kebenaran juga merupakan suatu bentuk bantuan, malah lebih ikhlas berbanding bodek, kipas dan puji-pujian?

Kemudian mereka yang sama juga mencabar Muhyiddin agar melawan Najib bagi jawatan Presiden UMNO jika tidak boleh lagi menerima kepimpinan Perdana Menteri.

Bagaimana Najib mahu dicabar kedudukannya jika tarikh pemilihan sudah dilewatkan sehingga ke tahun 2018?

Kalau benar-benar ingin melihat Muhyiddin bertanding jawatan Presiden UMNO melawan Najib, bukankah mereka seharusnya membuat desakan secara beramai-ramai agar pemilihan parti dipercepatkan tarikhnya?

Tetapi, memandangkan pemilihan UMNO sudah dilewatkan tarikhnya kepada 2018 dan tiada pula usaha mahu mempercepatkannya, adakah sepanjang tempoh itu Muhyiddin harus berdiam diri saja jika satu demi satu "kemungkaran" berlaku di depan mata?

Sama ada mahu melihat Muhyiddin terus bising atau didiamkan, ia akhirnya terletak pada keberanian Najib dan ahli- ahli MT UMNO untuk memutuskannya.

Kiranya mempercepatkan tarikh pemilihan pun tidak berani, janganlah marah jika Muhyiddin terus bising di sana sini. sumber facebook

Agaknya sebab ni Haji Hadi "sayang" sangat kat Najib!!

150 imam, pengerusi JKKK Sarawak dipilih sertai program haji 1MDB

Sebanyak 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak akan dipilih bagi menyertai Program Khas Haji Yayasan 1Malaysia Berhad (1MDB) tahun ini, kata Datuk Seri Najib  Razak.

Mengumumkan perkara itu semasa melawat Masjid Jamek Saratok hari ini, perdana menteri berkata mereka yang dipilih itu nanti terdiri daripada 75 imam dan 75 pengerusi JKKK.

"Kami serahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan siapa yang akan terpilih untuk menunaikan fardu haji di bawah program ini nanti," katanya.

Beliau berkata ini adalah sebagai menghargai jasa kepimpinan imam dan pengerusi JKKK di peringkat akar umbi.

Program khas untuk menunaikan rukum Islam ke-5 itu dimulakan Yayasan 1MDB pada 2011 dengan sebanyak 111 jemaah dari seluruh negara.

Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).

Najib berkata jumlah yang dipilih bagi negeri Sarawak adalah besar dan beliau berharap mereka akan mendapat haji yang mabrur nanti.

Turut hadir pada majlis itu ialah  Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu perdana menteri merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Saratok yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. – Bernama, 28 Februari, 2016.
http://www.themalaysianinsider.com/rss/bahasa

* HEHEHhee.. syarikat yang sarat hutang, kemudian rasuah pulak tok imam dan bilal. Mengapa di Sarawak ....? tak apalah , mereka ada duit .. tapi macam mana agaknya reaksi tok imam yang dipilih tersebut ..? Terlonjak - lonjak kegirangan ..? hehehehe ... memang mudah sungguh diperbodohkan ... Sarawak kan ....

Lupa ker .. pilihanraya punya pasal kan ... semuanya halal ...



Adakah Azalina ni nak selamatkan atau diam -diam nak jatuhkan Najib?

Pendedahan Datuk Seri Azalina Othman mengenai “kertas pendakwaan” yang dikatakan dirangka Mei tahun lepas ialah kali pertama maklumat itu didedahkan kepada umum, kata DAP hari ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga mempersoalkan sekiranya menteri itu diberikan keizinan mendedahkan maklumat mengenai kertas pendakwaan itu yang dianggap mempunyai kaitan dengan skandal RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

“Adakah Azalina menerima keizinan rasmi yang diperlukan untuk mendedahkan maklumat itu, atau beliau bersalah kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan perkara ini kepada pengetahuan umum mengenai kewujudan 'kertas pendakwaan' yang dikatakan dirangka pada Mei 2015?

“Membaca kenyataan Azalina, saya tertanya-tanya sekiranya beliau sebenarnya sedang mempertahankan Najib atau dalam diam membantu menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

“Dengan 'kawan' sebegitu, Najib mungkin tidak perlukan 'musuh',” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Azalina berkata dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menunjukkan "bukti” merupakan pengakuan wujudnya konspirasi peringkat tinggi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kemudiannya menambah perkara itu merupakan cubaan rampasan kuasa daripada proses demokratik dan keputusan rakyat memberikan kuasa kepada kerajaan pemerintah sewaktu pilihan raya umum lalu.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada dakwaan Muhyiddin yang Gani pernah memberikan taklimat ringkas tentang dakwaan wujudnya “bukti jenayah” terhadap Najib.

Azalina berkata, fakta Gani berkongsi maklumat rahsia dengan Muhyiddin secara rahsia, seorang ahli Kabinet dan Umno yang mempunyai kepentingan peribadi bukan saja tidak beretika tetapi juga melanggar OSA.

Hari ini Lim mempersoalkan sama ada Azalina sebenarnya mencadangkan Muhyiddin membuat laporan polis mengenai maklumat yang diperolehinya daripada Gani mengenai Najib.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, persoalan seterusnya yang memerlukan jawapan ialah apakah jaminan sekiranya laporan polis dibuat, pihak Jabatan Peguam Negara dan agensi penyiasat lain boleh mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia laporan itu akan disiasat tanpa dipengaruhi atau menjaga kepentingan pihak tertentu.

“Atau adakah Pendakwaraya Khas yang bebas serta berwibawa akan dilantik, bersama-sama dengan pasukan penyiasat bebas yang ditubuhkan untuk membantu Pendakwaraya Khas, bagi menjalankan siasatan ke atas laporan Muhyiddin,” soalnya. – 28 Februari, 2016.

Tabung Haji buat laporan polis ke atas Rafizi .. hehehehe

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung dakwaan kononnya TH memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

TH dalam 1 kenyataan hari ini berkata Rafizi yang juga naib presiden PKR turut diminta menamakan bank yang memberi pinjaman kepada THHE seperti yang didakwa.

"TH amat kesal dengan penyebaran dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah.

"Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan para pendepositnya, TH juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin," kata kenyataan itu.

TH berkata laporan polis itu dibuat sebagai langkah bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah institusi Islam di Malaysia. – Bernama, 28 Februari, 2016.

* FITNAH! FITNAH! FITNAH! itu je yang keluar dari mulut longkang. mana fakta dan angka untuk menafikan dakwaan Rafizi?

Ahad, 28 Februari 2016

Bekas peguam negara tunjuk bukti derma 2.6 bilion, SRC sah jenayah, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.

"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

"Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib.

"Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Muhyiddin turut mempersoalkan adakah membantu presiden itu bermaksud mempertahankan kesalahannya.

"Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti.

"Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," katanya.

Sebelum penggantungannya semalam, beberapa pemimpin Umno mendesaknya agar setia membantu kepimpinan presiden parti. – 27 Februari, 2016.

Setiap Petang Lembaga Wanita Berbaju Putih Senyum Pada Ustaz Kazim

Ustaz Kazim Elias ada cerita tadi pasal beliau kena santau,cerita beliau masa beliau ingin makan nasi,beliau tengok ditangan beliau ada ulat tapi tengok dalam pinggan ada nasi.Beliau cerita lagi sungguh sakit sangat2 kena santau ini.

Cerita Ustaz Kazim  .....................................................

Pengalaman DISANTAU!!!!

Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak keluar.

Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata "padan muka..padan muka".

Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.

Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya,sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata "sabar ni ujian Allah.."

5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya..kenangan yang menginsafkan 1996/97

1997.

Kesakitan akibat di santau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping amalan tertentu,gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi.Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.

Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin..saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.

Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya..gambar mereka ditunjuk satu-satu..saya tersedar dari tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?

Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..

saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.

1998.

Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dalam sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,orang kaya,orang hebat deme ni.

Tiba-tiba suami dia peluk saya,si isterinya menangis..dia kata "maafkan kami ustaz" berkali-kali diulang perkataan itu.

Saya tanya "nape?"

Dia jawab "kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz".

Saya tanya "kenapa buat kat saya mcm ni?"

Dia jawab "Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram,saya menyampah dgn kata-kata ustaz".

Saya jawab "takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati".

Dia kata lagi "mereka berenam terlibat."

"Enam org?" saya terkejut..

Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org,dia mengaku betul,mereka yang aniaya
saya.Saya cakap.pesan pada mereka saya maafkan mereka.

Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.

2001.

Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah,bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.

Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya.

Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang disekeliling saya.

Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga..berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu..saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Ismail kamus, Dato' Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.

Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. 

Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato' Ismail Kamus berkata pada saya..."Anta berubatlah akan diri anta sendiri.."

Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah...saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah...Apa jenis manusia ini...Apa salah saya...???

Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya....saya belajar perubatan Islam..

kedua saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja..Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.

Ustaz Kazim Elias

Apabila Muhyiddin mula bercerita ...

Pemimpin Umno yang paling lantang mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah individu sama yang mengadu kepadanya susulan skandal membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana khuatir masa depan parti itu.

Muhyiddin yang digantung daripada Umno semalam berkata, mereka mula menjauhkan diri daripadanya apabila beliau mula bersuara mengkritik Najib membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion.

"Mungkin ramai yang tidak mengetahui pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama Umno datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya," katanya, merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

"Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang Umno akan ditolak rakyat jika Najib terus memimpin parti," kata Muhyiddin dalam kenyataannya di Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau mencadangkan kepada mereka supaya bersama-sama secara kolektif menasihati Najib namun tiada siapa yang berani memperkatakannya.

"Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib.

"Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan Umno dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib," katanya.

Oleh kerana situasi semakin teruk, Muhyiddin berkata, beliau mengambil tanggungjawab mengkritik Najib menggunakan platform parti dan kerajan.

"Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka.

"Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya," kata Muhyiddin.

Keputusan penggantungannya diumumkan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media sejurus selesai mesyuarat yang berlangsung bermula jam 4 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Keputusan menggantung itu diambil berasaskan fasal 10.15 Perlembagaan Umno dengan ahli MT sebulat suara bersetuju untuk menggantung Muhyiddin serta-merta.

Keputusan itu juga kekal hingga pemilihan parti akan datang.

Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam setengah itu dipengerusikan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sementara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkecuali dengan keluar daripada bilik mesyuarat.

Tengku Adnan berkata, tindakan dan kecaman yang dibuat Muhyiddin tidak mencerminkan imejnya sebagai seorang timbalan presiden dalam membantu presiden menjalankan tugas.

Sehubungan itu, tugas timbalan presiden akan digalas Zahid yang juga timbalan perdana menteri yang diberikan tanggungjawab memperkukuhkan semula parti. – 27 Februari, 2016.

Beri Najib masa tunai janjinya kepada Sarawak, kata Adenan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memiliki hati yang besar dan sememangnya komited membawa pembangunan untuk negeri dan rakyat Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem meminta semua pihak supaya memberi masa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk  menunaikan janjinya kepada Sarawak.

Beliau berkata Najib memiliki hati yang besar dan sememangnya komited membawa pembangunan untuk negeri dan rakyat Sarawak.

"Beliaulah yang selalu bersama-sama kita. Dengan adanya perdana menteri yang simpati dengan kita, dapatlah kita capai cita-cita kita," katanya pada perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2016 di Dataran Bandar Sibu malam ini.

Katanya antara projek penting yang dilaksanakan Najib di negeri ini ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 1,000 kilometer dari Lawas hingga Sematan.

"Kepada mereka yang masih belum percaya, anda boleh pergi lihat sendiri jentera-jentera yang digerakkan untuk menjalankan projek itu," kata Adenan.

Pada majlis itu, Adenan turut memohon bantuan daripada Najib, yang digelarnya 'Apai Besai' (Ayah Besar) bagi penduduk Sarawak, untuk menyelesaikan masalah perparitan yang menjadi punca banjir di negeri ini.

Dengan kadar hujan yang lebih banyak kali ini berbanding tahun lepas, katanya keadaan tanah rendah dan sistem perparitan yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya banjir di kawasan Kuching.

Majlis itu kemudian diserikan dengan sketsa tarian Raja Monyet, tarian Singa, pukulan gendang Cina dan persembahan pentas lain yang penuh warna-warni.

Selepas itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Adenan dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Wong Soon Koh menyertai acara menggaul "Yee Sang". – Bernama, 27 Februari, 2016.


* KALAU tak kempen pun tak apa, rakyat Sarawak tetap akan mengundi BN untuk selamanya .... biar apa pun berlaku, GST ke, RM2.6 billion ke, apa ke, semua OK!

Rosmah bini Najib kecewa

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kecewa dengan pihak yang gagal memanfaatkan kebaikan Internet, sebaliknya dijadikan medium menyebarkan berita palsu, fitnah dan hasutan untuk mengganggu ketenteraman negara.

Beliau berkata Internet kini dilihat menjadi medan memburukkan sesiapa sahaja yang tidak disukai sama ada pemimpin, tokoh terkemuka, ahli korporat mahupun individu.

"Justeru saya ingin nasihatkan anggota Pandu Puteri di negara ini supaya menjadi pengguna internet yang bijak. Saringlah serta periksa maklumat yang diperoleh sama ada sahih atau fitnah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Peringatan Sedunia 2016 peringkat kebangsaan bertemakan 'Connect' di Dewan Seri Negeri di Melaka, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron dan isteri yang juga merupakan Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Melaka Datin Seri Fadilah Abdullah, Ketua Pesuruhjaya PPPM Normala Baharudin dan Yang Dipertua PPPM Melaka Datin Zainon Tun Ghaffar.

Sabtu, 27 Februari 2016

Kasihan aku kat Mahathir ..

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan kerajaan menyekat media adalah kerana takut orang ramai tahu perkara sebenar.

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses kepada laman berita The Malaysian Insider disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai langkah ke arah menjadi seperti negara Korea Utara.

Membidas tindakan itu, bekas perdana menteri itu berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kerana takut dengan kebenaran.

"Kerajaan takut orang ramai tahu perkara sebenar. Sebab itu mereka perlu sekat.

"Ia bagi melindungi tindakan yang mereka buat, menyembunyikan apa yang mereka lakukan," kata Dr Mahathir kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.

Beliau menyifatkan kerajaan Najib sedang mengikut jejak negara diktator yang menyekat maklumat kepada rakyatnya dengan mengambil langkah sama.

"Mereka tidak benarkan orang (media) memberitahu orang ramai apa yang sedang berlaku dalam negara.

"Sama seperti Korea Utara, kita sedang menuju ke arah itu," katanya.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan sekarang hanya mahu orang ramai membaca apa yang mereka ingin sampaikan, sambil mendakwa, ia penuh dengan penipuan.

"Mereka mahu sekat maklumat kecuali apa yang mereka beritahu kepada orang ramai. Dan apa yang mereka beritahu orang ramai, banyak yang menipu," katanya.

Tindakan yang diambil Najib juga bertujuan menakut-nakutkan rakyat, kata Dr Mahathir.

"Orang ramai sudah takut untuk bercakap atau melakukan sesuatu yang menentang Najib. Kamu akan ditangkap, ditahan atau didakwa di mahkamah," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam mengesahkan menyekat laman web The Malaysian Insider atas alasan "keselamatan negara".

Pengawal selia internet itu juga sebelum ini pernah menyekat laman web lain, termasuk laman web pengumpul berita Malaysia Chronicle, kerana didakwa melanggar undang-undang negara, dan Sarawak Report yang membuat dakwaan rasuah terhadap Najib. - 26 Februari, 2016.


* semasa pemerintahan Mahathir apa kurangnya.

Sah digantung

Muhyiddin Yassin hari ini sah bukan lagi timbalan presiden Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) hari ini memutuskan menggantung keahlian beliau yang menyaksikan hilang secara automatik jawatan yang disandang sejak 2009.

Keputusan tersebut diumumkan setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media sejurus selesai mesyuarat yang berlangsung bermula jam 4 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Keputusan menggantung ini diambil berasaskan fasal 10.15 Perlembagaan Umno dengan ahli MT sebulat suara bersetuju untuk gantung Muhyiddin serta-merta.

"Keputusan ini kekal hingga pemilihan parti akan datang," katanya.

Tengku Adnan berkata, keputusan dibuat sebulat suara semua ahli MT, namun Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam setengah itu dipengerusikan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sementara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkecuali dengan keluar daripada bilik mesyuarat.

Tengku Adnan berkata, tindakan dan kecaman yang dibuat Muhyiddin tidak mencerminkan imejnya sebagai seorang timbalan presiden dalam membantu presiden menjalankan tugas.

"Kelakuan beliau tidak mencerminkannya sebagai seorang timbalan presiden, tidak bantu presiden untuk mengukuhkan parti.

"Beliau juga membelakangkan kepentingan parti," katanya.

Menurutnya, tugas timbalan presiden akan digalas Zahid yang juga timbalan perdana menteri yang diberikan tanggungjawab memperkukuhkan semula parti.

Ditanya mengapa Muhyiddin tidak diberikan peluang mempertahankan diri, Tengku Adnan berkata, ahli Parlimen Pagoh itu sudah dimaklumkan mengenai mesyuarat hari ini tetapi MT menerima surat balasan menyatakan ketidakhadirannya bersama dengan Shafie.

Spekulasi penggantungan keahlian Muhyiddin tercetus awal minggu lalu selepas seorang ahli MT, Datuk Seri Nazri Aziz secara terbuka berkata akan membawa usul untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor 2 Umno itu.

Sejurus kenyataan ahli Parlimen Rengas itu, beberapa ahli MT lain juga senada dan menyokong dengan cadangan yang dikemukakan tersebut.

Muhyiddin berterusan membangkitkan isu dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Terbaharu, Muhyiddin mendakwa dihalang daripada melaksanakan tugasnya sebagai timbalan presiden parti utama kaum Melayu tersebut.

Salah seorang ahli MT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang ditemui wartawan berkata, keputusan hari ini suatu yang baik untuk Umno dan selepas ini mereka perlu menumpukan ke arah usaha mengukuhkan parti.

"Hari ini hari yang baik untuk Umno. Kita tumpukan kepada pengukuhan parti selepas ini," katanya. – 26 Februari, 2016.

Jumaat, 26 Februari 2016

Ini dia jawapan Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji hari ini menafikan tuduhan yang ia memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Bhd.

Tuduhan yang pelaburan Tabung Haji dalam TH Heavy Engineering akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion juga adalah tidak berasas, kata Tabung Haji dalam satu kenyataan akhbar.

Katanya sebagai pemegang saham terbesar dalam TH Heavy Engineering, yang bergiat dalam industri minyak dan gas, Tabung Haji memahami sepenuhnya pelbagai cabaran yang dihadapi industri tersebut.

Oleh itu, Tabung Haji meminta orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap tuduhan berdasarkan dokumen yang dipaparkan di laman sosial. – Bernama, 25 Februari, 2016.

Berita sedih hari ini

Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia "mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC" seperti dilaporkan dalam portal berita Malaysian Insider hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Hamid Bugo berkata Panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada Panel.

"Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Hamid berkata Panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai "cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC" seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau "terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak".

Panel juga tidak membuat rumusan bahawa "penyiasat SPRM mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib", katanya.

Bagaimanapun, katanya, Panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.

Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan SPRM semalam yang menyatakan "SPRM diminta panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini".

"Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM," katanya. "Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan." – Bernama, 25 Februari, 2016.

Rafizi ni memandai jer .. betul ke!!

Lembaga Tabung Haji berisiko mencatat kerugian sehingga RM1.4 bilion disebabkan pelaburan berterusan dalam syarikat kejuruteraan yang disifatkan bermasalah, dedah Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, kerugian yang dialami melalui pelaburan di Tabung Haji Heavy Engineering (THHE) itu akan memberi kesan kepada jumlah dividen pendeposit dan keupayaan untuk memberi subsidi.

Rafizi berkata, Tabung Haji membuat pelaburan berisiko sebanyak RM1.4 bilion ke dalam firma minyak dan kejuruteraan gas itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad, antara 2008 dan 2015.

Sebahagian besar daripada RM1.4 bilion itu, berjumlah RM981 juta, adalah dalam bentuk jaminan korporat daripada Tabung Haji kepada THHE.

Bantuan kewangan ini diisytiharkan berisiko tinggi, termasuk oleh panel risiko pelaburan Tabung Haji, kata Rafizi.

Jaminan korporat RM981 juta itu diberikan walaupun ia melanggar Akta Tabung Haji 1995 yang menyatakan bantuan kewangan hanya boleh diberikan kepada anak syarikat tabung itu, kata Rafizi.

"Kontroversi terkini ialah, dokumen yang bocor daripada Tabung Haji pada Januari menunjukkan ia melanggar akta dan undang-undang penubuhannya, apabila memberikan jaminan korporat kepada THHE berjumlah RM981 juta sedangkan THHE bukanlah anak syarikat Tabung Haji," katanya.

Menurut dokumen yang dibocorkan kepada PKR, RM981 juta itu juga diluluskan Kementerian Kewangan, kata Rafizi.

Tabung Haji mempunyai 8.85 juta pendeposit aktif.

Daripada baki RM1.4 bilion kemungkinan kerugian itu, RM100 juta mungkin juga berpunca dari kejatuhan harga saham Ramunia Holdings Berhad, yang dibeli Tabung Haji pada 2008.

Ia juga termasuk RM275 juta “Islamic irredeemable cumulative preference shares” (ICPS) yang diterbitkan THHE dan dibeli Tabung Haji selepas ia tidak mendapat sambutan baik pelabur lain, kata Rafizi.

Tabung Haji juga membeli bon sukuk bernilai RM50 juta yang diterbitkan THHE pada 2010.

Ditambah kepada RM981 juta itu, kesemua pelaburan itu membawa kepada potensi kerugian berjumlah RM1.4 bilion, kata Rafizi.

Minat Tabung Haji dalam THHE bermula pada 2008 apabila ia masih Ramunia, sebuah firma kejuruteraan yang harga sahamnya meningkat berikutan khabar angin ia akan dibeli anak syarikat gergasi minyak negara, Petronas.

Bagaimanapun, pada 2009, Ramunia menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar kontraktornya, menyebabkan ia didakwa.

Pada 2010, harga sahamnya menjunam daripada paras tertinggi RM1.95 pada 2008 kepada 20.5 sen. Dagangan saham selanjutnya digantung daripada pasaran.

Namun, Tabung Haji terus melabur dalam Ramunia dan apabila syarikat itu dijenamakan semula menjadi THHE pada 2010, ia menjadi pemegang saham terbesarnya.

Tabung Haji kemudiannya membeli sehingga RM275 juta dalam ICPS dari THHE.

Pada hujung 2015, ia meluluskan RM981 juta dalam bentuk jaminan korporat walaupun prestasi THHE membimbangkan, kata Rafizi.

"Soalnya, sejauh mana TH akan menyuntik lebih banyak dana pendeposit di dalam THHE untuk bertahan dalam tempoh 5 hingga 8 tahun kejatuhan harga minyak mentah ini?

"Sedangkan ia gagal memulihkan THHE dalam tahun-tahun 2008 hingga 2014 pada ketika harga minyak mentah memuncak," katanya. – 25 Februari, 2016.

Ini alasan SKMM kenapa TMI disekat

Ketika The Malaysian Insider (TMI) mencecah usia genap lapan tahun hari ini, akses kepada laman itu disekat beberapa pembekal Internet susulan tindakan diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas sebab "keselamatan negara".

Ketika dihubungi, Ketua Penguatkuasa SKMM Zulkarnain Mohd Yasin mengesahkan tindakan itu dan menyatakan akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

"Kami akan keluarkan kenyataan kemudian," katanya kepada TMI.

Bagaimanapun, sumber berkata, SKMM mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet untuk menyekat TMI atas sebab "keselamatan negara".

Katanya, tindakan ini diambil kerana kesalahan didakwa dilakukan TMI mungkin memberi kesan kepada kestabilan negara, ketenteraman awam dan keharmonian, dan kestabilan ekonomi.

Beberapa pembaca memaklumkan kepada TMI perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses portal berita itu.

Pembaca TMI yang menggunakan perkhidmatan Celcom, dan di sesetengah tempat, Unifi, kedua-duanya syarikat yang dikawal kerajaan, mengadu mengenai sekatan itu.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna Maxis dan U-Mobile berkata mereka masih boleh mengakses laman The Malaysian Insider daripada telefon bimbit walaupun arahan dikeluarkan kepada semua ISP.

Mereka menerima notis SKMM yang menyatakan portal berita ini melanggar undang-undang Malaysia, apabila melayari laman web TMI.

Bagaimanapun, tiada notis dihantar kepada TMI mengenai pelanggaran sebarang undang-undang.

"Ini satu kejutan yang tidak menyenangkan. SKMM sudah menjawab pertanyaan saya mengenai perkara ini, mengatakan mereka akan mengeluarkan kenyataan," kata Pengarang dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq, hari ini. – 25 Februari, 2016.

Berita gempar hari ini

Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

"Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

"Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan."

Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.

Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.

Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.

"Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.

SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan. – 25 Februari, 2016.

Khamis, 25 Februari 2016

Mahathir bayangkan akan ke penjara, kongsi sel bersama Anwar

Tun M bayangkan satu sel dengan Anwar di penjara

Beliau tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad rela mati di dalam penjara demi mempertahakan kritikannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

“If you stick your neck out it will be chopped (jika anda menghulurkan leher nanti akan dipancung.

“If that’s how my life ends, in jail, then so be it, maybe I’ll share a cell with Anwar Ibrahim (jika begitu cara saya menghabiskan hayat di penjara, mungkin saya boleh berkongsi sel dengan Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media selepas disiasat oleh lima anggota polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.
Ini kerana katanya, beliau merasakan kontroversi yang membabitkan syarikat pelaburan startegik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.

“Saya rasa ia (isu 1MDB) akan menjadi sangat sukar diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir memahami hasrat Zeti yang mahu mengakhiri perkhidmatannya tanpa sebarang masalah dan isu berbangkit.

“Saya tahu Zeti mahu menghabiskan tempoh berkhidmatnya tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Beliau tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.

adik Neelofa dakwa guru sekolah kerajaan kerja secara cincai


Gara-gara menyuarakan pendapatnya mengenai sistem persekolahan dan juga cara guru di sekolah biasa mengajar di laman Youtube, adik Neelofa, Nur Ameera telah ditegur oleh warga laman sosial.

Dalam kenyataannya di dalam video tersebut, Ameera menjelaskan bahawa cikgu di sekolah biasa tidak berfikir luar daripada kotak dan melakukan kerja dengan cincai. Untuk pengetahuan anda, Ameera belajar di sekolah swasta antarabangsa.

Perkara tersebut dalam masa yang sama mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang menyokong apa yang disuarakan oleh Ameera dan dalam masa ada juga yang menentang. Jadi apa pendapat anda?

Sebelum ini, Ameera pernah mencetuskan kontroversi apabila membalas kenyataan di akaun Instagram dengan bahasa yang kurang baik disebabkan ada segelintir peminat yang memberikan komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa.

Mat Bangla kantoi main dengan bini orang ...

Hah! Belum pun masuk 1.5 juta mat bangla, banyak kes sudah berlaku dengan bangla kat Malaysia. Ini antaranya ...

Kejadian ini berlaku di Rahang Negeri Sembilan. bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita berstatus isteri orang dicekup jirannya.

Jiran-jiran mula curiga dengan tindakan bangla ini. apabila selalu masuk dan keluar rumah wanita ini ketika suaminya tiada dirumah

Ketika dicekup wanita terbabit bersama teman lelakinya warga bangladesh berada di dalam rumah, pasangan ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Panas! Kes Najib bakal dibuka semula

Panel Penasihat Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu meneruskan siasatan mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Agensi itu juga diseru memohon bantuan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM untuk mendapatkan bukti dan dokumen yang diperlukan daripada institusi kewangan.

"Memandangkan siasatan SPRM terhadap dakwaan derma RM2.6 bilion masih belum selesai, panel mencadangkan SPRM meneruskan siasatannya dan mendapatkan bantuan peguam negara untuk mengeluarkan bantuan guaman bersama (MLA), bagi membolehkan SPRM mengambil bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan dana RM2.6 bilion," kata SPRM, dalam satu kenyataan hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menggesa SPRM menghentikan siasatan mereka berhubung isu tersebut.

"Panel penilaian operasi juga menasihati SPRM dalam kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion," kata kenyataan tersebut.

PPO yang bermesyuarat pagi tadi juga bersetuju agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu menyerahkan kembali kertas siasatan mereka berkaitan SRC International kepada peguam negara untuk semakan semula.

Apandi sebelum ini dalam satu sidang media berkata "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan Najib daripada sebarang kesalahan.

Keputusan itu dibuat selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd dijalankan.

"Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

"Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi.

Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 lagi berkaitan SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.

Susulan keputusan itu, SPRM dalam kenyataannya berkata agensi itu menyemak semula keputusan peguam negara menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009.

Menurut SPRM, tindakan membawa kes ini kepada PPO untuk mendapatkan pandangan berhubung tindakan kes yang diputuskan pendakwa raya untuk tidak dituduh.

PPO dianggotai Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Lim Chee Wee lapor The Malaysian Insider

Saya cuma jawab dalam mahkamah: Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa tidak menjawab secara spesifik soalan pegawai polis yang mengambil keterangannya petang tadi, berhubung kenyataan dalam blog miliknya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Dr Mahathir menegaskan, hanya akan menjawab jika disoal dalam mahkamah.

"Saya tidak menjawab secara spesifik mengenai artikel yang diterbitkan dalam blog berkenaan. Mengapa saya seorang disoal walhal ramai lagi mengeluarkan kenyataan sama.

"Sekiranya dipanggil ke mahkamah, saya akan mengikut prosedur ditetapkan dan menjawab dengan jujur tanpa berselindung kerana itu yang saya pegang selama ini," katanya.

Pertemuan kira-kira dua jam antara Dr Mahathir dan tiga pegawai polis itu berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Sepanjang pertemuan itu, Tun Mahathir ditemani lima orang peguam.

"Saya ditanya lebih 30 soalan dan kehadiran peguam saya adalah untuk menyemak atau menasihatkan apa yang perlu saya katakan.

"Walaupun disoal siasat, saya tidak akan pernah berhenti untuk menulis di dalam blog berkenaan," katanya.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata keterangan Dr Mahathir diambil bagi membantu siasatan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

Sebelum ini, Dr Mahathir melalui entri dalam blognya mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana terhutang budi.

Rabu, 24 Februari 2016

Bongkar: Tabung Haji rugi RM100 juta labur dalam syarikat roti

Pembelian aktif saham Silverbird Group Berhad oleh Tabung Haji secara meluas di antara September dan Oktober 2007, menyaksikan kenaikan saham syarikat membuat roti itu daripada 39 sen (awal September 2007) kepada RM1.08 pada 16 Oktober 2007, kata Setiausaha Agong PKR Rafizi Ramli.

Setiausaha Agong PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa langkah agresif Lembaga Tabung Haji melabur dalam syarikat membuat roti pada 2007 menyebabkan kerugian hampir RM100 juta.

Beliau berkata, pembelian aktif saham Silverbird Group Berhad (kini dikenali sebagai Hi-5 Conglomerate Berhad) Tabung Haji secara meluas di antara September dan Oktober 2007, yang menyaksikan kenaikan saham syarikat membuat roti itu daripada 39 sen (awal September 2007) kepada RM1.08 pada 16 Oktober 2007.

"Tabung Haji kemudian muncul sebagai pemegang saham terbesar pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007," katanya sambil menambah dana jemaah haji itu melabur kira-kira RM98 juta bagi 90.483 juta saham, atau 28.81% dalam syarikat itu.

Rafizi mempersoalkan jika usaha itu wajar dilakukan kerana ketika Tabung Haji mengeluarkan pelaburan pada 2014, harga saham menurun kepada antara RM0.07 dan RM0.08 sesaham.

Pada masa ini, beliau berkata saham Hi-5 Conglomerate Berhad berharga RM0.04 sesaham.

"Syarikat itu menghadapi masalah (selepas 2007) dan Tabung Haji hilang pelaburan, tetapi bertahan (pelaburan) sehingga pertengahan 2014 sebelum menjualnya."

"Ini memberikan anda idea jika Tabung Haji melakukan usaha yang wajar, ia akan menjadi lebih berhati-hati kerana tindakan wajar akan menekankan kemungkinan ini. Jelas sekali ia tidak dilakukan."

Beliau berkata Silverbird terkeluar daripada senarai Bursa Malaysia pada 2011 adalah disebabkan beberapa insiden termasuk pertuduhan Jenayah Pelanggaran Amanah terhadap pengurusan atasan.

"Pertama, 3 pengurusan kanan diseret ke mahkamah kerana didakwa menggelapkan RM167 juta wang syarikat."

"Kemudian pada 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengheret syarikat itu ke mahkamah berhubung dakwaan penyelewengan kontrak Koperasi Permodalan Felda Malaysia.

"Mereka juga terlibat sebagai pembekal logistik untuk program Felda, melalui satu lagi anak syarikat," katanya.

Rafizi mempersoalkan mengapa Tabung Haji mengambil keputusan lebih agresif dengan pelaburan pada 2007.

Beliau juga mahu tahu bagaimana berlakunya kesilapan pelaburan sedemikian dan sesiapa yang dipertanggungjawabkan. – 23 Februari, 2016.

Aktiviti sumbang mahram guru terbongkar

Putrajaya: Seorang guru sekolah rendah dihukum penjara 18 tahun dan 10 sebatan kerana melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak perempuan tirinya berusia tujuh tahun.

Mahkamah Rayuan yang disidangi tiga hakim dipengerusi Hakim Datuk Seri Zakaria Sam membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk mengetepikan keputusan membebaskan lelaki berusia 58 tahun itu daripada pertuduhan kedua melakukan sumbang mahram pada 2011.

Budak perempuan berkenaan yang ketika itu berusia tujuh tahun lima bulan, ialah anak bekas isterinya hasil perkahwinan wanita berkenaan sebelumnya.

Hakim Zakaria menolak rayuan pendakwa terhadap pembebasan lelaki itu daripada pertuduhan pertama tetapi membenarkan rayuan untuk mensabitkannya bagi pertuduhan kedua.

Bapa tiri mangsa ketika itu, dibebaskan Mahkamah Sesyen Teluk Intan daripada dua pertuduhan merogol dan keputusan membebaskannya dikekalkan Mahkamah Tinggi Ipoh.

Lelaki berkenaan yang akan bersara November ini, dilihat menggelengkan kepalanya dan memandang ke arah isterinya sekarang yang duduk di galeri awam.

Ketika menjatuhi hukuman, Hakim Zakaria berkata mahkamah memandang serius kesalahan sumbang mahram dan mengambil kira mangsa berusia tujuh tahun ketika kejadian yang terlalu muda untuk menanggung penderitaan akibat perbuatan mangsa.

Hakim Zakaria berkata, lelaki itu sebagai seorang dewasa dan guru sekolah harus bertanggungjawab melindungi kanak-kanak.

Panel itu juga disidangi hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zamani A. Rahim dan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamardin Hashim.

Lelaki itu, guru pendidikan jasmani didapati bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Tanjung Malim, Perak, kira-kira 8 pagi, 13 Jun 2011.

Gempa bumi lemah di Tasik Kenyir

Kuala Terengganu: Gempa bumi lemah berukuran 2.7 skala Richter dilaporkan berlaku di Tasik Kenyir, 16 kilometer barat daya Kuala Berang, 9.25 malam tadi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia 11.30 malam tadi, gempa itu turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Kuala Berang.

Gegaran itu dilaporkan berlaku di longitud 5.0 utara, 102.9 timur Tasik Kenyir.

Difahamkan, kawasan Kuala Pueh, Jenagor, Kuala Ping dan FElCRA Bukit Kepah merasai gegaran lemah itu.

Saya tidak pakai jubah dan mencuri duit rakyat

Saya dimaklumkan oleh laman rasmi kelab yang terdapat banyak komen negatif berkenaan bagaimana isteri Safiq Rahim bersalaman dengan saya.

Terdapat beberapa individu yang cuba untuk menjadi ustaz atau mufti negeri di laman facebook. Bagi saya, apabila berkaitan agama, kita tidaklah semulia Rasul dan Allah SWT.

Oleh itu hanya Allah SWT yang boleh menilai kita dan bukannya kita sesama manusia. Hanya Allah SWT boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak.

Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian.

Masalah sekarang adalah terlalu ramai yang cuba menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.

Walaupun saya dilahirkan untuk menjadi raja, saya juga hanya seorang manusia. Saya tidak mempunyai hak untuk mengadili sama ada Allah SWT akan menerima anda atau sebaliknya.

Melainkan anda merogol orang atau kanak-kanak, membunuh orang, mencuri atau merampas sesuatu dari mereka yang memerlukan.

Siapa antara kita akan ke syurga?

Beri saya peluang untuk memberi pendapat ikhlas saya kepada sesetengah hipokrit yang sudah terbiasa dengan budaya bermuka muka sesetengah orang di dalam hidup anda.

Saya seorang Muslim dan agama suci Islam adalah lebih utama daripada saya. Saya akui yang saya bukan pakar tetapi apabila ia berkaitan dengan agama Islam, satu perkara yang saya percaya adalah Allah SWT akan memberkati anda, jika anda mempunyai hati yang baik, amanah, jujur, bantu-membantu dan menghormati orang lain.

Terdapat banyak mazhab di dalam Islam. Siapa kita untuk mengatakan siapa antara kita akan ke syurga?

Siapa kita untuk mengatakan yang Islam kita atau islam mazhab lain adalah yang betul.

Bagi saya, saya lebih suka untuk berpegang dengan apa yang telah diajar sejak saya kecil dan sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran.

Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor.

Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda.

Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya.

Berlakon pakai jubah

Saya tidak berlakon dengan memakai jubah tetapi ketagihan dadah dan saya bukan seorang kaki judi. Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar.

Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri.

Saya fikir ia adalah penting untuk menjadi diri sendiri dan setelus yang boleh dengan rakyat saya dan tidak bersikap hipokrit. Kerana saya sudah banyak kali mengatakan bahawa saya lebih rela dibenci kerana bersikap jujur dan menjadi diri sendiri daripada hidup disayangi dengan penuh kepalsuan dan hipokrit.

Saya menghormati pilihan anda walaupun saya pelik mengapa orang Malaysia terutamanya orang Melayu begitu mudah terpengaruh?

Jawapannya mudah. Pendidikan.

Pendidikan membolehkan kita melihat dunia secara berbeza. Pendidikan memberikan kita ilmu untuk mematuhi prinsip-prinsip dan polisi dalam kehidupan.

Saya tidak mempunyai hak untuk memberitahu anda apa yang perlu dipercayai atau diikuti dan semua itu adalah pendapat saya secara jujur iaitu kita tidak harus cuba untuk menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.

Jadi seorang Muslim tetapi bukan begitu taksub

Apa yang kita perlu tahu adalah perkara asas. Untuk sekalian rakyat Johor jadilah seorang Muslim, tetapi bukan dengan begitu taksub.

Jadi seorang Muslim dengan menghormati satu sama lain. Johor mempunyai tradisi sendiri dan budaya, dan begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Kita semua berbeza.

Berbeza dalam ajaran Islam, berbeza dalam agama agama yang lain dan berbeza puak etnik.

Menuding jari dan menilai satu sama lain tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.

Kita tidak sepatutnya mempunyai kebencian dalam hati kita. Adakah anda tahu bagaimana kita boleh jadikan negara ini tempat yang lebih baik dan hidup dalam suasana harmoni?

Mudah, mendidik diri anda dan menghormati antara satu sama lain. Hidup Johor, Allah Peliharakan Sultan dan Negeri Johor.

Penulis, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah Tunku Mahkota Johor

Selasa, 23 Februari 2016

RM2 juta dirompak lagi dari rakyat untuk kepentingan BN

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan RM2 juta dana rakyat untuk kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Menggambarkan wang itu sebagai satu lagi "derma", ahli Parlimen Pendan itu mendakwa ianya disalurkan melalui sebuah pertubuhan masyarakat India.

Katanya, perkara ini diketahui selepas mendapat surat Kementerian Kewangan bertarikh 23 April, 2013 kepada pertubuhan itu.

"Dengan adanya bukti kukuh sebahagian kempen BN sebenarnya dibiayai dana rakyat (seperti program Sahabat BN untuk masyarakat India), ini menimbulkan keraguan kempen BN dalam PRU13 benar-benar dibiayai sumbangan 'derma' RM2.6 bilion seperti yang didakwa Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Rafizi turut menunjukkan minit mesyuarat pertubuhan itu bertarikh 11 Mei, 2013 di mana mereka menerima RM2.5 juta.

Katanya, maklumat lebih terperinci akan didedahkan pada satu sidang media tidak lama lagi.

Apabila ditanya tetang lebihan RM500,000 Rafizi berkata beliau percaya amaun itu datang daripada sumber di dalam pertubuhan itu.

"Saya ingin mengajukan soalan paling mudah kepada Najib – kenapa beliau tidak mengambil RM2 juta daripada 'derma' RM2.6 bilion yang didakwanya untuk membiayai kempen BN hingga menyalurkan RM2 juta dana awam dengan cara ini yang semestinya melanggar undang-undang?" soal Rafizi.

The Malaysian Insider masih cuba untuk mendapatkan komen daripada pertubuhan itu. – 23 Februari, 2016.

Najib dedah hampir terkorban akibat helikopter rosak

Najib Razak menyifatkan perjalanan kerjaya politiknya sepanjang 40 tahun sejak 21 Februari 1976 lalu penuh dengan berliku dan sarat dengan kisah suka duka serta pelbagai asam garam kehidupan.

Perdana menteri berkata sejak mula menjadi ahli Parlimen Pekan sewaktu berusia 22 tahun 7 bulan pada 1976, beliau tidak sunyi daripada pelbagai ujian getir termasuk nyaris terkorban sewaktu helikopter yang dinaikinya mengalami kerosakan dan berpusing menyebabkan ia terpaksa melakukan pendaratan cemas di Janda Baik, Pahang, pada tahun 1987.

"Sepanjang 40 tahun sudah tentu banyak sekali yang saya terpaksa hadapi dan kalau Allah tak melindungi, mungkin umur saya tak panjang sampai hari ini.

Saya pernah beberapa kali nyaris maut tetapi tidak ramai orang tahu.

"Salah satunya helikopter yang dinaiki nyaris-nyaris terjatuh di kawasan Janda Baik, namun Alhamdulillahlah saya selamat," katanya ketika berkongsi kisah suka duka sepanjang 40 tahun melibatkan diri sebagai orang politik.

Beliau membuka cerita itu ketika berucap selepas majlis tahlil, doa selamat dan solat hajat perdana sempena 40 tahun penglibatannya dalam politik dan pentadbiran kerajaan di Masjid Sultan Ahmad Shah, di Pekan malam ini.

Majlis anjuran Umno Bahagian Pekan itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib berkata beliau juga mengalami detik cemas apabila hampir terjatuh sewaktu bertukar bot ketika melawat kawasan di Pulau Tioman semasa Rompin masih berada di bawah Parlimen Pekan.

"Kereta yang saya naiki juga pernah kemalangan... terbalik sewaktu hujan. Ketika itu isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) sedang mengandung dan sedar-sedar sahaja kereta dimasuki air, namun Alhamdulillah kami selamat," katanya.

Justeru, katanya majlis kesyukuran malam ini memadai untuk menyambut ulang tahun 40 penglibatannya dalam politik kerana tanpa keredaan Allah, sudah pasti beliau tidak sampai ke tahap ini.

Najib turut menyifatkan hari ini sebagai hari yang penuh perasaan dan nostalgia bagi dirinya dan Pekan dipilih sebagai tempat untuk meraikan ulang tahun tersebut kerana di sinilah karier politiknya bermula.

Menurutnya tanpa bantuan dan sokongan orang Pekan beliau tidak mampu untuk bertahan sehingga kini.

Najib turut menyingkap rahsia semasa detik awal penglibatannya dalam politik, beliau sendiri tidak yakin dengan dirinya memandangkan usianya ketika itu yang baharu setahun jagung dan baharu pulang dari luar negara.

"Saya fikir nak bertanding atau tidak... ketika itu saya baharu sahaja bekerja selepas 8 tahun belajar di luar negara. Nak bercakap bahasa Melayu pun masih gugup, apa lagi nak berucap dalam bahasa Melayu, orang kata 'ketaq lutut'.

"Saya terpaksa belajar dari orang Pekan Lama dan di rumah kayu lama itu (rumah Allahyarham Tun Razak di Pekan) saya belajar segalanya," katanya.

Beliau mengambil keputusan menceburi bidang politik kerana hanya menerusi cara itu beliau dapat membantu rakyat yang susah dan miskin dan itu memberikan satu kepuasan peribadi kepada dirinya.

"Kepuasan yang mendalam dan menyentuh perasaan apabila saya dapat bantu orang yang benar-benar susah dan miskin serta memerlukan pertolongan sama ada wang, rumah, bantu mereka pergi haji atau dapatkan biasiswa untuk pelajar susah," katanya.

Sebagai ahli politik dan Anggota Parlimen Pekan, Najib turut melahirkan rasa bangga kerana banyak membantu melakukan pembaharuan dan pembangunan untuk negara termasuk untuk daerah Pekan dan Pahang khasnya. – Bernama, 21 Februari, 2016.

Rafizi akan dedah 3 lagi kerugian besar Tabung Haji

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan terus mendedahkan tiga lagi pelaburan Tabung Haji yang mengalami kerugian besar pada minggu ini.

Katanya, sidang akhbar mengenai tiga lagi pelaburan Tabung Haji itu akan dibuat pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.

Melalui satu kenyataan akhbar, beliau juga terus mendesak Datuk Seri Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji jika tidak mahu badan kewangan itu dipolitikkan.

“Sebagai Ahli Parlimen yang selalu memberi perhatian kepada kedudukan kewangan institusi milik kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menyemak kedudukan kewangan dan pelaburan besar Tabung Haji.
“Apatah lagi rekod Datuk Seri Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji dalam menerangkan keputusan-keputusan pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi bukanlah baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rafizi merujuk kepada kenyataan Azeez dalam laporan Bernama, Sabtu lalu supaya pihak tertentu tidak mempolitikkan Tabung Haji dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fitnah.

Sekadar menjerit bohong

Azzez dilaporkan berkata tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji dan semata-mata bermotifkan politik.

"Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa... hentikanlah," katanya yang dipetik selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di Baling.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau tidak pula menampilkan angka-angka untuk menafikan perkara-perkara yang ditimbulkannya selain mengulangi bahawa ia adalah fitnah belaka.

Katanya, pertama kali beliau membangkitkan perkara itu adalah di Dewan Rakyat pada 16 Mac tahun lalu mengenai potensi risiko jika Tabung Haji terlibat dengan 1MDB.

“Semasa saya mula-mula menimbulkan perkara ini, reaksi Azeez di dalam Dewan Rakyat ialah dengan menjerit ‘bohong’ sedangkan sebulan kemudiannya beliau sendiri terpaksa mengakui bahawa Tabung Haji telah membeli tanah kerajaan yang dianugerahkan kepada 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda.

“Sebab itu, jika beliau tidak mahu Tabung Haji menjadi tumpuan politik, maka sebaiknya Tabung Haji tidak boleh ada campur tangan politik.

“Maka saya mengulangi desakan saya supaya beliau meletakkan jawatan agar seorang tokoh bukan politik dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji,” katanya.

Minggu lalu, Rafizi pada sidang akhbar Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendakwa terdapat campur tangan politik terhadap keputusan Tabung Haji dalam mengekalkan kepentingannya dalam Felda Global Ventures (FGV) walaupun mengalami kerugian atas kertas berjumlah lebih RM900 juta.

Sebagai reaksinya, Tabung Haji berkata saham-saham dalam FGV adalah sebahagian daripada pelaburan strategik jangka panjang.

Ia memberi jaminan kepada pendeposit bahawa simpanan mereka ‘tidak hilang’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Memang barua betul!!

Kalau hangpa tak marah dengan apa yang Muhyiddin dedahkan ni, memang sah hangpa ni tak ada hati perut ..

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd sebelum pemecatannya pada Julai lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mendapat taklimat daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut dipecat daripada jawatan tahun lalu.

"Saya tahu lebih daripada yang anda tahu (penonton). Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran.

"Saya tidak berbohong," katanya dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian pada satu majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Beliau berkata Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan kepadanya mengenai siasatan itu kerana mereka sedar, sebagai timbalan kepada Najib, beliau (Muhyiddin) berhak tahu terutama ia melibatkan perdana menteri yang juga presiden Umno.

"Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat," katanya.

Beliau juga membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa Najib susulan siasatan terhadap SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Katanya, panel pengawasan SPRM sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya.

"The question is, whether he is brave enough to do it or not (Soalannya ialah, sama ada dia cukup berani melakukannya atau tidak).

"Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia ambil tindakan," kata Muhyiddin.

Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan selanjutnya diambil terhadap Najib.

"Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain.

"Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video berkenaan.

Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib.

Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat.

Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong.

"Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin.

Katanya, Najib tidak sepatutnya lepas daripada tindakan pendakwaan hanya kerana Yang di-Pertuan Agong melantik Apandi atas nasihat perdana menteri.

"Saya rasa itu bukan tafsiran yang betul dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan peguam negara dan panel SPRM itu mempunyai pandangan berbeza.

Dua panel pengawasan SPRM juga mahu berjumpa Apandi berhubung keputusan beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Najib tetapi pertemuan itu dibatalkan baru-baru ini.

Pada 26 Januari, Apandi berkata pihaknya tidak mempunyai bukti mencukupi menyokong tindakan pendakwaan diambil terhadap Najib atas sebarang kesalahan jenayah dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International. – 22 Februari, 2016.

Isnin, 22 Februari 2016

'Ally Iskandar' tawar kerja lumayan jadi pelacur untuk Faradhiya

Penyanyi Farahdhiya, 32, mendedahkan telah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pengacara Ally Iskandar dengan menawarkan pekerjaan dalam aktiviti pelacuran sebagai Gadis Peneman (Escort Girl).

Memetik laporan mStar online, Farah berkata, dia nyaris terpedaya kerana pada awalnya individu yang menyamar itu menawarkan kerja sebagai pengacara sebuah program televisyen.

"Tiga bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana pernah beberapa kali bekerjasama, saya memberikan nombor telefon peribadi.

"Dia kemudian menghantar mesej di WhatsApp beberapa kali untuk menawarkan kerja hosting. Pada mulanya tiada masalah, semua perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu membuatkan saya ada berasa ragu," kongsinya.

Farah mendedahkan perkara tersebut bersama beberapa foto perbualannya dengan individu itu di laman Instagram miliknya pada malam Rabu.

Individu tersebut kemudiannya mula menawarkan pekerjaan tambahan lain dengan bayaran ratusan ribu ringgit di luar negara.

Dia juga ditawarkan menjadi duta sebuah produk yang tidak dinyatakan, selain perlu menemani seorang VIP bercuti keluar negara.

"Ally palsu itu menawarkan extra job selain hosting dengan harga RM30,000 dan RM140,000. Awak boleh baca di gambar apa yang mereka tawarkan.

"Ia sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir mana yang betul dan tidak," ujarnya.

Farah berkata, dia sudah menghubungi Ally Iskandar mengenai hal itu dan dia memberitahu orang lain juga turut terpedaya dengan penyamaran tersebut.

Dia bakal membuat laporan polis terhadap individu berkenaan agar menerima tindakan sewajarnya.

Muhyiddin kata Peguam Negara penakut

Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa dan menjalankan siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd.

Bekas timbalan perdana menteri itu mendedahkan, panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mempunyai kes yang kukuh terhadapnya.

"Tetapi pihak peguam negara beritahu, tak payah ambil kes. Tutup. Apa sebab? Peguam negara beritahu, perdana menteri tidak mengetahui tentangnya," kata Muhyiddin pada majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan diambil selanjutnya terhadap Najib.

"Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain.

"Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original.

Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib. – 22 Februari, 2016.

KDN syor gubal undang-undang daftar penulis blog

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan Internet.

Beliau berkata KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.

"Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2016 di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di Johor Baru hari ini.

Beliau berkata banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut. – Bernama, 21 Februari, 2016.

Skandal di Selangor pulak ...

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menganggap dakwaan dibuat Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin sebagai fitnah semata-mata.

Badrul Hisham mendakwa memiliki dokumen sulit kononnya membuktikan kerajaan negeri menganugerahkan kontrak pembalakan tanpa melalui proses tender terbuka.

“Benda macam ini you nak layan, fokus soal rakyat pembangunan bukannya fitnah dan tohmahan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR di Bukit Lanjan di Bandar Seri Damansara hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sidang akhbar diadakan Badrul Hisham - yang lebih dikenali sebagai Chegubard - di Seremban hari ini.

Dalam satu kenyataan, Chegubard mendakwa dia telah melalui semua saluran dalaman PKR bagi membangkitkan isu-isu terhadap Azmin tetapi tiada tindakan diambil.

"Saya sedar risiko yang saya ambil kerana mendedahkan dokumen diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Tetapi kita telah diajar di bawah gerakan reformasi, jika kita melihat sebarang kelemahan, ia adalah tanggungjawab kita untuk mendedahkan dan menentangnya. Ia adalah pemahaman saya dalam perjuangan ini, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa tertinggi PKR itu juga menegaskan Azmin telah "berbohong" dalam kenyataan terdahulunya apabila mendakwa kontrak berkenaan diberi melalui tender terbuka.

Sementara itu Azmin yang bercakap kepada kira-kira 500 tetamu yang hadir turut berjanji untuk mengekalkan status Selangor sebagai negeri paling maju dan penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Kami tidak akan menerima mana-mana 'sumbangan' daripada warga asing. Kami akan bekerja keras demi kepentingan rakyat Selangor.

"Kami ingin memastikan bahawa prinsip-prinsip integriti dan ketelusan dilaksanakan di negeri Selangor," katanya.

Sementara itu, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata bahawa kepelbagaian tetamu yang hadir pada majlis itu ialah salah satu aset yang paling besar buat Selangor.

Beliau turut memuji penganjur yang telah menyediakan kemudahan bagi tetamu yang menggunakan kerusi roda dan tongkat.

Ramalan Awang Selamat

Berikutan kedudukan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bakal meninggalkan Bank Negara akhbar Mingguan Malaysia hari ini menampilkan tiga nama ramalan yang didakwa mereka berpotensi sebagai pengganti.

Menerusi pojoknya Awang Selamat menamakan tiga tokoh yang dilihatnya berkemampuan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Menurut kolumnis akhbar milik Umno itu tiga timbalan Zeti juga berpotensi untuk mengisi kekosongan bakal ditinggalkan anak perempuan Prof Diraja Ungku Aziz itu.

"Awang lihat ketiga-tiga tokoh berkenaan berkebolehan dan berwibawa menyandang jawatan tersebut.

"Selain itu, tiga timbalan Zeti di Bank Negara turut dalam senarai pilihan," katanya.

Abdul Wahid kini menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, manakala Awang Adek pula diuar-uarkan sebagai calon menteri besar Kelantan dalam pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian kerana beliau tewas di Parlimen Bachok dan DUN Perupok.

Melampaui ramalan dunia

Mohd Irwan pula sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) di Kementerian Kewangan.

Sebelum ini Zeti yang bakal bersara pada April ini berkata gabenor baru seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.

Awang Selamat berkata, pelantikan tersebut haruslah diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Awang tidak melihat perubahan jawatan gabenor Bank Negara akan menjejaskan apa-apa.

"Banyak perkembangan positif kepada ekonomi negara, antaranya pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.5 peratus bagi suku keempat 2014," katanya.

Jelasnya lagi, pencapaian Malaysia selama ini mengatasi ramalan ramai penganalisis termasuk di Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa.
"Zeti sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang, kini tiba pula gelaran tokoh lain, hakikatnya tiada siapa yang 'indispensable'," kata Awang.

Ahad, 21 Februari 2016

Mahathir sedia bersumpah dengan al-Quran

Selepas membuat gesaan supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersumpah dengan al-Quran, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau juga bersedia untuk berbuat demikian sekiranya diminta.

“Kalau apa yang saya kata itu disangka fitnah atau tidak betul, suruh saya sumpah, saya kena sumpah la.

“Kalau saya suruh orang sumpah, saya pun mesti bersedia bersumpah, dengan niat yang betul. Bukan niat lain sumpah lain,” katanya kepada pemberita di Program Lets Read Quran di Ovul Damansara hari ini.

Sebelum ini Dr Mahatir mencabar supaya Apandi harus bersumpah dengan al-Quran bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan rasuah.

Sebagai orang Islam yang baik, Mahathir dilaporkan berkata, Apandi harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu.

Sabtu, 20 Februari 2016

Bongkar: Zahid Hamidi kantoi

Setelah mendapat kritikan banyak pihak, akhirnya kenyataan bodoh dan badut mula menjadi mainan menteri-menteri Najib. Terbaru Menteri Sumber Manusia kata nak bawa masuk 1.5 juta pekerja bangla itu sebagai tidak benar. Entah dari kitab mana dia buat statement macam tu .. ? Siapa yang karang skrip ..?

Cuba perhatikan video di bawah yang aku kutip dari youtube. Entah apa masalah menteri-menteri ni. Di bayar gaji tapi kerja putar alam ... Menteri yang sepatutnya buat kerja selepas duit rakyat digunakan untuk membayar gaji mereka hanya jadi tukang putar alam. pembohong dan kelentong!!



Ha .. kalau dah tengok video tu, apa lagi nak dikata. Jadi statement kat bawah ni mengarut ke apa ke ..?

Kerajaan nafi bawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh

Ia sebenarnya adalah angka yang didaftarkan oleh kerajaan Bangladesh.


PUTRAJAYA: Dakwaan yang mengatakan bahawa kerajaan akan membawa masuk seramai 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini untuk ditempatkan di beberapa sektor
swasta adalah tidak benar.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem menjelaskan, angka tersebut sebenarnya adalah jumlah pekerja Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian
Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Seberang Laut negara itu untuk mendapatkan pekerjaan di 139 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Sebarang pengambilan pekerja Bangladesh haruslah mematuhi dengan polisi negara, yang mana ia berasaskan kepada permintaan majikan dalam pelbagai sektor,”
katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan bahawa kemasukan pekerja asing ke Malaysia adalah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-11 yang hanya memperuntukkan sebanyak 15 peratus
dari jumlah tenaga kerja tempatan.

Jelasnya lagi, di luar negara jumlah tenaga kerja adalah sebanyak 15.3 juta dan hanya 2.3 juta sahaja yang menempatkan warga asing.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan kemungkinan monopoli pengambilan pekerja itu, Riot memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan
berlaku memandangkan suatu MoU telah ditandatangani.

“Ia (MoU) menetapkan bahawa kerajaan Malaysia harus memastikan ketelusan dan keadilan sistem dalam talian ini bagi membuat pemilihan warga Bangladesh dan
pengagihannya mengikut kuota,” ujarnya.


* Entahlah .. siapa yang kantoi sebenarnya. Zahid Himidi atau Menteri Sumber Manusia yang kelentong. Senang cerita, hangpa nak pangkah lagi UMNO/BN kalau macam ni punya kerja Pak Menteri..? share bagi rakyat tau!!

Jawab fitnah di akhirat, kata Zamihan pada Asri

Zamihan tiada masalah untuk berdamai dengan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, namun mufti Perlis itu katanya perlu bertanggungjawab di akhirat kerana menuduhnya sebagai Syiah.

Sedia memaafkan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana dianggap memfitnah dirinya sebelum ini, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin dilaporkan berkata, beliau menyambut salam perdamaian daripada mufti Perlis itu.

“Saya sedia maafkan Asri. Tapi dia tetap bertanggungjawab di akhirat kerana fitnah terhadap saya," beliau dipetik berkata akhbar Sinar Harian hari ini.

Zamihan menegaskan, beliau tiada masalah untuk berdamai seperti yang diinginkan, namun mufti Perlis itu katanya perlu bertanggungjawab di depan Allah kerana menuduhnya sebagai Syiah.

"Dia fitnah saya sebagai Syiah sejak 2001. Dia yang mulakan dulu. Saya tidak kenal dia dan dia tidak kenal saya, tetapi dia boleh tulis dalam akhbar mengatakan saya Syiah.

"Berdamai tiada masalah, tetapi fitnah dia jawab di akhirat,” kata Zamihan menurut akhbar itu.

Zamihan dilaporkan berkata, pertemuan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan adalah cara terbaik berbincang dan menyelesaikan perbalahan mereka secara ilmiah.

“Biar mufti yang buat keputusan sama ada saya salah, dia betul atau saya betul, dia salah,” katanya.

Asri pada majlis Diskusi Santai: Ekstremisme Agama di Malaysia, 17 Februari lalu, menghulurkan salam harmoni dan perdamaian kepada Zamihan yang juga penjawat awam itu.

Diskusi anjuran Sinar Harian itu, antara Asri dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Muhamad Rozaimi Ramle, diadakan menggantikan debat terbuka yang pada awalnya dicanangkan antara Asri dan Zamihan. – 20 Februari, 2016.

Rafizi bersetuju berkerjasama dengan Mahathir jika ..

Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya kini beralih untuk mencari sekutu baru untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Namun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak begitu berminat kecuali bekas perdana menteri itu bersetuju untuk satu perubahan total.

Semalam, ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir, mendakwa bekas PM itu bersetuju supaya parti-parti politik mengetepikan perbezaan dan berusaha untuk menurunkan Najib dari kuasa.

Mereka juga berpendapat bahawa perbincangan mengenai siapa yang patut menggantikan Najib diadakan selepas itu kerana jika dibuat di peringkat ini, ia akan menimbulkan pertikaian antara mereka.

Mengulas perkara ini, Rafizi menegaskan bahawa PKR sentiasa menyokong sistem, dan bukannya perubahan personaliti.

"Malah, kita menyaksikan bagaimana sokongan orang ramai terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi (sebagai pengganti Dr Mahathir) pada tahun 2004, telah menjunam negara menjadi semakin teruk setiap tahun untuk membawa di mana kita berada pada hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Sambil menekankan keperluan untuk perubahan sistem yang lengkap, Rafizi berkata perdana menteri 'boleh buat apa yang dia lakukan dan terlepas" kerana sistem membenarkannya.

Katanya, beliau khuatir untuk berbincang, apatah lagi memberi komitmen terhadap sebarang rancangan yang akan merendahkan keutamaan agenda pembaharuan, sebagai pertukaran untuk seorang perdana menteri baru.

Rafizi berkata, ketika perkara ini dibincangkan, bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara demi perjuangannya untuk membawa pembaharuan tanpa sebarang kompromi dan bukannya perubahan personaliti.

Dalam hal ini, Rafizi berikrar untuk membantah sebarang cadangan yang mengkompromikan pembaharuan, di Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Sejak April lalu, Dr Mahathir telah memulakan kempen untuk menurunkan Najib selepas menuduhnya melakukan banyak salah laku.

Bagaimanapun, agenda bekas perdana menteri itu tidak mendapat tarikan dalam Umno walaupun beliau memberi amaran, jika Najib kekal di pucuk pimpinan, parti itu boleh dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Salah seorang penyokong kuat beliau, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, juga menggesa rakyat Malaysia untuk berdiri teguh di belakang Mahathir.

Beliau telah mencadang diadakan perhimpunan pada 27 Mac bagi menuntut perletakan jawatan Najib.

Perdana menteri telah menafikan dakwaan rasuah terhadapnya, dengan mengatakan ia direka untuk menjatuhkannya.

Azalina Othman kata jangan hanya salahkan kerajaan

Kerajaan tidak seharusnya terus dipersalahkan dalam isu membawa masuk pekerja dari Bangladesh, sebaliknya majikan perlu meminimumkan penggajian warga asing, kata Datuk Seri Azalina Othman Said, menurut Utusan Malaysia hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dipetik berkata, majikan harus mengkaji semula pengambilan pekerja warga asing berdasarkan kepakaran mereka.

“Kalau kita lihat industri minyak dan gas, mungkin memang mereka (pekerja asing) berkemahiran dari segi kerja-kerja kimpalan dan saya faham perkara itu.

“Tetapi kalau semua hendak letak pekerja asing dalam industri ini... saya nak balikkan kepada majikan.

"Saya tak setuju kalau asyik nak marah kerajaan. Sebab, kerajaan respons kepada majikan yang buat tuntutan dalam perkara ini,” beliau dipetik berkata.

Menurutnya, isu berkenaan tidak timbul sekiranya majikan menetapkan kadar gaji yang bersesuaian kepada rakyat tempatan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pengerang dilaporkan mencadangkan satu dialog diadakan antara kerajaan dan majikan bagi mengetahui keperluan dan permasalahan dialami. – 20 Februari, 2016.

Foto dan video wanita bogel di Setapak jadi viral

"Saya dan pelanggan terpinga-pinga melihat gelagat wanita itu," kata Hassan, pekerja restoran yang melihat wanita tempatan dalam keadaan bogel singgah di restoran tempatnya bekerja di Setapak, semalam.

Kejadian 1.30 tengah hari itu menyebabkan ada yang mengambil gambar wanita terbabit sehingga 'viral' di Facebook (FB).

Menurut Hassan, wanita berusia 20-an itu tinggal di kondominium berhampiran restoran.

Katanya, wanita itu seperti dalam keadaan separuh sedar dan membeli sekotak rokok sebelum duduk di dalam restoran.

"Semua pelanggan termasuk saya memandang ke arah dia (wanita) tetapi dia selamba saja.

"Hampir 30 minit wanita itu duduk di restoran ini sebelum pengawal keselamatan kondominium membawa dia keluar," katanya ketika ditemui, petang tadi.

Sementara itu, pekerja pasar raya berhampiran restoran yang mahu dikenali sebagai Revathy berkata, dia turut melihat wanita itu dan berasa malu.

"Dia merayau-rayau di sekitar kawasan kondominium sebelum masuk ke dalam restoran menyebabkan orang awam mengambil gambarnya," katanya.

Wartawan Harian Metro yang memperoleh alamat tempat tinggal wanita itu menjejakinya, namun dia tiada di rumah.

Jiran wanita itu yang enggan dikenali berkata, wanita terbabait tiada di rumah kerana sudah dijemput oleh ibu bapanya.

"Sepanjang saya berjiran dengan wanita itu, dia tidak melakukan perkara aneh seperti ini. Semalam adalah kali pertama wanita itu bertindak di luar kewarasan akal dan fikiran," katanya yang mendakwa wanita itu tinggal bersama beberapa rakan serumah wanita.

- hmetro

Ustaz Kazim Ilias dikejarkan ke hospital

Datuk Kazim Ilias terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dipercayai mengalami serangan sakit jantung  ketika dalam satu program ceramah.


Kazim Elias sepatutnya menjayakan satu ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di perkarangan Pertubung Pelandang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator malam ini.

Majis yang membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara' yang sepatutnya bermula pada 9.30 malam itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan atas sebab tersebut.

Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd Radzuan Hamat mengesahkan kejadian itu dan Ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurut Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus pula, sebaik sahaja naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan kerana sakit dada.

"Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.

"Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM," katanya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Menurut Nik Ruslan juga, keadaan Ustaz Kazim ketika sampai sudah kelihatan kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih lagi mahu meneruskan ceramah tersebut.

"Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok," katanya.

Jumaat, 19 Februari 2016

GEGAR: WSJ dedah derma RM2.6 billion bukan dari Arab Saudi!!

Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi (BELUM DISAMAN) dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.

Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.

Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Kini beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan.

Brown turut mengulas cadangan Apandi untuk mengetatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

"Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.

"Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya," katanya.

Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.

"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya. – 18 Februari, 2016.

Peha gebu Fasha Sandha jadi perbalahan peminat

AKTRES Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan viral menerusi laman sosial kerana foto dia tampil seksi ketika bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama-sama anaknya dimuat naik.

Jika sebelum ini kes perceraiannya menjadi tumpuan di media sosial, kini, sekali lagi, Fasha Sandha menarik perhatian peminatnya ekoran memuat naik gambar seksi melalui akaun Instagram miliknya.


(gambar klik sini)

Kali ini pakaian yang dipakai Fasha turut menjadi bahan kritikan ramai netizen. Seperti biasa, ruang komen menjadi medan untuk individu itu menghakimi, mengkritik seseorang itu. Selain masing-masing menyuarakan pendapat berkaitan pakaian yang dianggap kurang sopan. Anda bacalah sendiri apa yang diperdebatkan oleh peminat fgebu anatik Fasha dengan‘haters’. – MYNEWSHUB.CC(