Selasa, 23 Februari 2016

RM2 juta dirompak lagi dari rakyat untuk kepentingan BN

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan RM2 juta dana rakyat untuk kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Menggambarkan wang itu sebagai satu lagi "derma", ahli Parlimen Pendan itu mendakwa ianya disalurkan melalui sebuah pertubuhan masyarakat India.

Katanya, perkara ini diketahui selepas mendapat surat Kementerian Kewangan bertarikh 23 April, 2013 kepada pertubuhan itu.

"Dengan adanya bukti kukuh sebahagian kempen BN sebenarnya dibiayai dana rakyat (seperti program Sahabat BN untuk masyarakat India), ini menimbulkan keraguan kempen BN dalam PRU13 benar-benar dibiayai sumbangan 'derma' RM2.6 bilion seperti yang didakwa Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Rafizi turut menunjukkan minit mesyuarat pertubuhan itu bertarikh 11 Mei, 2013 di mana mereka menerima RM2.5 juta.

Katanya, maklumat lebih terperinci akan didedahkan pada satu sidang media tidak lama lagi.

Apabila ditanya tetang lebihan RM500,000 Rafizi berkata beliau percaya amaun itu datang daripada sumber di dalam pertubuhan itu.

"Saya ingin mengajukan soalan paling mudah kepada Najib – kenapa beliau tidak mengambil RM2 juta daripada 'derma' RM2.6 bilion yang didakwanya untuk membiayai kempen BN hingga menyalurkan RM2 juta dana awam dengan cara ini yang semestinya melanggar undang-undang?" soal Rafizi.

The Malaysian Insider masih cuba untuk mendapatkan komen daripada pertubuhan itu. – 23 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: