Isnin, 22 Februari 2016

Skandal di Selangor pulak ...

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menganggap dakwaan dibuat Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin sebagai fitnah semata-mata.

Badrul Hisham mendakwa memiliki dokumen sulit kononnya membuktikan kerajaan negeri menganugerahkan kontrak pembalakan tanpa melalui proses tender terbuka.

“Benda macam ini you nak layan, fokus soal rakyat pembangunan bukannya fitnah dan tohmahan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR di Bukit Lanjan di Bandar Seri Damansara hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sidang akhbar diadakan Badrul Hisham - yang lebih dikenali sebagai Chegubard - di Seremban hari ini.

Dalam satu kenyataan, Chegubard mendakwa dia telah melalui semua saluran dalaman PKR bagi membangkitkan isu-isu terhadap Azmin tetapi tiada tindakan diambil.

"Saya sedar risiko yang saya ambil kerana mendedahkan dokumen diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Tetapi kita telah diajar di bawah gerakan reformasi, jika kita melihat sebarang kelemahan, ia adalah tanggungjawab kita untuk mendedahkan dan menentangnya. Ia adalah pemahaman saya dalam perjuangan ini, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa tertinggi PKR itu juga menegaskan Azmin telah "berbohong" dalam kenyataan terdahulunya apabila mendakwa kontrak berkenaan diberi melalui tender terbuka.

Sementara itu Azmin yang bercakap kepada kira-kira 500 tetamu yang hadir turut berjanji untuk mengekalkan status Selangor sebagai negeri paling maju dan penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Kami tidak akan menerima mana-mana 'sumbangan' daripada warga asing. Kami akan bekerja keras demi kepentingan rakyat Selangor.

"Kami ingin memastikan bahawa prinsip-prinsip integriti dan ketelusan dilaksanakan di negeri Selangor," katanya.

Sementara itu, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata bahawa kepelbagaian tetamu yang hadir pada majlis itu ialah salah satu aset yang paling besar buat Selangor.

Beliau turut memuji penganjur yang telah menyediakan kemudahan bagi tetamu yang menggunakan kerusi roda dan tongkat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: