Perkara itu disahkan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.
Menurutnya, kertas siasatan ini akan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman untuk tindakan.
"Semalam individu terakhir membabitkan seorang guru lelaki telah selesai dirakam keterangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.
"Ini perlu bagi mendapat keterangan yang lebih kukuh dan terperinci dalam siasatan kes yang menarik perhatian ini," katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan mendedahkan di akaun Twitternya kejadian ini dan berkata laporan kes itu dibuat mangsa pada 20 Oktober lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Kangar, Perlis.
Kemudian, Rabu lalu, Shahidan tampil menjelaskan kontroversi dakwaan beliau mencabul penyanyi busker di Perlis dua minggu lalu dan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap penyebar berita tersebut.
Bekas menteri itu juga berharap agar semua pihak tidak memanjangkan isu ini dan memberi ruang kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut meskipun laporan polis ditarik balik.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan