Sabtu, 3 November 2018

Guru besar dan 2 guru dicekup

TIGA guru lelaki termasuk seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah untuk menyokong permohonan pertukaran sekolah seorang guru.

Sumber SPRM berkata, mereka yang bertugas di sekolah rendah di Klang itu ditahan di sebuah restoran di Pelabuhan Klang jam 3.20 petang hari ini.

Katanya, guru besar berkenaan berusia 52 tahun, manakala dua guru lagi masing-masing berusia 41 dan 35 tahun.

“Wang tunai sebanyak RM5,000 turut disita di lokasi tangkapan,” katanya.

Menurutnya, guru berusia 41 tahun dikatakan meminta dan menerima wang suapan daripada pengadu sebanyak RM5,000 sebagai balasan untuk memohon guru besar menyokong permohonan pengadu untuk bertukar ke sekolah lain.

Katanya, kesemua mereka akan direman di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

SPRM tak pernah dengar perkataan priority(keutamaan) ka? Utamakan kes jerung2 besar umno yang dah kenyang tapi masih dok cakap besar. Kes guru, polis dan lain2 boleh diselesaikan kemudian

Tanpa Nama berkata...

Guru tu bermasalah,hutang keliling pinggang.