Sabtu, 10 November 2018

Jho Low bergerak dengan passport Australia?

Kerajaan Australia menafikan dakwaan ahli perniagaan paling dikehendaki pihak berkuasa Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low memegang pasport dari negara itu.

Kenyataan Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia kepada Malaysiakini itu sebagai menjawab dakwaan mengataan Jho Low mendapat pasport daripada Thailand, Australia dan New Zealand.

"Rekod jabatan menunjukkan Low Taek Jho tidak memegang pasport Australia," kata jurucakap jabatan itu kepada Malaysiakini.

Kelmarin, The Star melaporkan sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak spekulasi bahawa pelaburan Jho Low dan sejarah panjang urusan keluarganya di negara-negara berkenaan membantunya mendapatkan dokumen perjalanan tersebut.

Sumber itu berkata, ini kerana keluarga Jho Low mempunyai hubungan kekeluargaan di Thailand dan ada kemungkinan bahawa Jho Low juga memiliki dokumen identiti Thailand berdasarkan perniagaan dan pelaburan datuknya yang besar di negara itu pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu juga dikatakan mempunyai hartanah di Melbourne dan Sydney bersama-sama dengan aset NZ$ 265 juta (RM747 juta) yang dimiliki dalam unit amanah di New Zealand.

Baru-baru ini, pasport kedua Jho Low dilaporkan dibatalkan negara pengeluarnya, Sains Kitts and Nevis.

Jho Low menjadi warganegara ekonomi St Kitts and Nevis di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Denzil Douglas pada 2011 tetapi tidak pernah memasuki negara tersebut.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: