Sabtu, 10 November 2018

Aku tak yakin dengan Mahathir dalam isu ini

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Kelantan akan menjadi milik PH pada PRU15 nanti.

Beliau berkata, biarpun tempoh PRU masih jauh tetapi momentum sokongan rakyat terhadap PH terutamanya Bersatu di negeri ini semakin kuat.

“Jumlah (dalam dewan ramai) menghairankan saya. Tetapi saya hairan kenapa boleh kalah.

“Tetapi saya yakin PRU15, PH akan menjadi kerajaan di Kelantan,” katanya dalam ucapan di Hotel Emas Link Pasific hari ini.

Kata-kata pembuka ucapan Pengerusi Bersatu itu disambut tepukan dan sorakan lebih 1,000 tetamu yang menghadiri Majlis Beramah Mesra Bersama Pimpinan PH Kelantan.

Dr Mahathir berkata, selepas PRU14 rakyat dapat menilai kerajaan baharu yang segalanya dilakukan demi berkhidmat kepada negara dan agama.

Pada majlis itu juga beliau menerima 13,717 borang keahlian Bersatu Kelantan yang diserahkan Pengerusi Bersatu Negeri, Datuk Kamaruddin Mohd Nor.

Terdahulu Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup hampir satu jam bersama pimpinan Bersatu Kelantan.

Pada PRU14 lalu, Pas dapat mengekalkan memerintah Kelantan dengan kemenangan besar menawan 34 daripada 45 Dun yang dipertandingkan.

*bukan tak yakin kenapa.. tak yakin sebab rakyat Kelantan dah selesa dengan keadaan mereka ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Beza antara selesa degan terlena dan memang dah kena...yang dua kemudian adalah lebih tepat berbanding yang pertama sebab orang kelantan bijak pandai dan kuat berusaha ramai yang berhijrah keluar hinhga ke benua lain.....yang tinggal lebai pas cukup mudah jer lentur....